Thursday, January 29, 2009

Cerita Koi - Misi Balas Dendam

Setelah lebih 22 tahun...meninggalkan kampung halaman..inilah kali pertama koi dapat merasai kembali nikmatnya memancing dan menjala kat sunge Semantan...bukan tok pernoh balik.. tapi selalunya tidak berkesempatan... so... cuti panjang baru-baru ni... apa lagi.... misi nak balas dendamlah... terima kasih kepada Pak World (Pak We)... dengan injin bot 5 kuda yang baru di sambaunya... maka kome telah memancing di sekitar Lubuk Medan (Bukan kat Indonesia... jangan salah faham pulak ye)... punya lama tak menyusuri sunge Semantan.... nama dan susunan lubuk pun.. koi dah lupa doh...Lubuk Durian Aji...Sunge Buluh...Kepala Orang... Sat.. Netas... Batu Hampo...Jento...Medan... Telok Pupoi...Adenso...banyok lagi la nama lubuk-lubuk yang koi dah lupa namanye....yang selalu ingat Pajero LUBUK ajer la sekarang ni.. he..he....Lepas mancing... mudik pulok 4 tanjung sambil menjala waktu malam... memang berbaloi la....Sori la Pak Itam... kaki luka kena kayu....masih belum baik tu....
Macam-macam ikan telah berjaya masuk kantong.... belida, patin, sebarau, baung, ngoknget, temperas, udang galoh, lampam, laih dan lain-lain.... lupa dah namanya...tu pun Begohok... terlepas masa nak masuk dalam bot (rezeki mata aja).....lain kali kita buat trip lagi ye... tidor kat pasir pulok.... dengor citer.. baung jer dah sampai rm 25 sekilo jual borong.... bayangkan lah...nok motong pun harga dah jatuh... kita pakat-pakat cari ikan jer la ye... harap-harap sunge Semantan tu tak lah di tuba / bom / atau di karan ye.... sian kat nelayan-nelayan air tawo nok cari rezeki...

Selepas 30 minit bertarung... hasilnya belida 4.5 kg

Pak WE melayan patin
Lubuk Medan
Macam biasa la... cari cacing buat umpan
Menjala waktu malam
Posing dengan injin bot baru

Hasil menjala...tu baru 1 jam jer
Harap-harap kaki Pak Itam cepat sembuh
Kaka... teman Pak We Dikala sunyi
Wan Chu dengan masakan Botok (sebut betul-betul... Bukan Botox ye)


Pak We melayan tarikan Kenerak dan Patin 1 kilo....berminyok muncung weh...

Friday, January 23, 2009

Cerita Dulu-Dulu - XPDC Mencari Tasik

Daripada cerita orang dulu-dulu, dikhabarkan ada sebuah tasik yang menjadi punca kepada aliran Sungai Kuantan...nak kan kesohihan...peta daripada Jabatan Ukur diambil sebagai rujukan. Maka sah lah.. memang ada tasik di hulu Sungai Kuantan. Maka diatas perkenan mentor pada masa itu, tahun 2001.. sebanyak 5 XPDC menjejaki tasik ini telah dilakukan. Dalam 4 XPDC yang pertama, jejak-jejak yang dituruti ternyata hampa...dengan hanya menurut naluri hati dan dibantu dengan GPS dan peta, ternyata hampa. Berbagai-bagai bentuk muka bumi telah dilalui oleh ahli-ahli XPDC... meredah hutan dan sungai.. mendaki bukit..meniti permatang... minum air paya...tidor di pangkal pokok.. ditimpa hujan ribut dan macam-macam lagi la.
XPDC kali ke 5 barulah lokasi tasik diketemukan.. itu pun di atas andaian kami sahaja kerana apa yang dijumpai ialah sebuah paya tandus... tiada hamparan air yang membiru...tapi tiada gambar boleh dijadikan bukti kerana kamera terjatuh dalam air...selepas itu, tiada lagi XPDC dilakukan... namun mungkin akan di buat dalam tempoh terdekat. Dengan bantuan GPS yang semakin canggih sekarang... Insyaallah... cita-cita akan tergapai juga...
Apa yang mengasyikkan ialah dengan pertemuan beberapa buah lokasi menarik di sepanjang pencarian tersebut... anak-anak sungai yang jernih... air terjun yang cantik... flora dan fauna yang pelik dan berbagai lagi.
Yang paling MENGGETARKAN jiwa ialah ikan-ikan yang AMAT banyak... pendek kata.. kena kuak ikan la dulu baru boleh ambil air... he..he... Harap-harap kawasan ini masih kekal hingga sekarang tanpa dirobek oleh tokey-tokey balak....
Bukti ada tasik di hulu Sungai Kuantan
Laluan balak di permulaan perjalanan
Abang Duan, kicap, baby dan majer
Bantuan GPS Pak Wahab..gagal juga sebab dalam hutan tak boleh baca satelit.. katanya
Berehat dengan maggi.... sudah begitu menyelerakan
Camping di pangkal pokok dan minum air paya
Cabaran biasa
Tengah hutan belentara... kalau kena ngap...tak der sapa yang tau.. he..he..
Bekas pondok pencari ikan...comel janggut..
Antara gang yang dulu, kini dan selamanya tetap bersama
Tanda merah... alamat nak kena tebang la tu... kesian...
Masa tengah hansem... sekarang lagi hensem....
Bayangkanlah sendiri.... cakap banyak tak mau la....
Tayang body selepas kekenyangan
20 minit mancing... ini hasilnya...tak caya....jom la ikut..
Ramai yang tak tau... sapa sangka abang Md Rapi dah lama joint masuk hutan

Aduhai Tasik....suatu hari.. kami akan sampai juga.....

Wednesday, January 21, 2009

Cerita Kita - Persidangan Meja 4 Segi

Tanpa dirancang dan dengan hanya satu sms... Hardcore APACHE telah mengadakan Persidangan Meja 4 Segi di dalam satu pertemuan sulit di Sungai Kita. Inilah antara yang orang lain mungkin payah nak buat... bila-bila masa.. dimana sahaja..pasti pertemuan akan dapat diadakan didalam merangka hala tuju 2009. Banyak lagi "mangsa-mangsa" yang tidak berkesempatan berendam pukul 3 pagi...Justeru.. 2009 akan dirancang dengan sebaik mungkin. penambahbaikan pasti dilakukan.... bukan satu kerja mudah... namun dengan semangat jitu daripada semua... Insyaallah.... tiada yang mustahil.....

"Cover line".... bawak bodyguard.. he..he...
Penelitian senarai Fasi dengan penuh tomakninah...agar pisang tidak berbuah 2 X...
Bujang senang selepas pukul 10 malam...Di Persimpangan Dilema...antara seruan tugas atau ikatan persahabatan....
Ini yang wajib.... teh tarik.....
Aksi Pok Leh dengan N 95 yang beru berusia 2 hari... eksyen la tu...puas ngajornye...

Monday, January 19, 2009

Cerita Kita - Selamat Hari Lahir Abang Duan

Chef terkemuka di persada Hutan Sungai Lembing... Siapa lagi kalau bukan Abang Duan...Dah masuk 52 tahun umur beliau...tapi masih gagah dan MANTAQ lagi...Selamat Hari Lahir buat Abang Duan pada 18 Januari 2009...Yang tidak pernah miss setiap kali program fizikal diadakan. Pelbagai menu istimewa sentiasa terhidang bagi melempiaskan nafsu fasi-fasi yang sentiasa kebuloq...antara yang mencairkan air liur ialah... kelah masak asam pedas... baung masak tempoyak...sebarau masak lemak cili padi... jemput bilis yang bersaiz 1/2 kilo sebiji...dan masak air petola + fucuk (kalau mak tiri ada)...he..he....Kroni-kroni Apache mendoakan agar Abang Duan Sentiasa mendapat rahmat dari Allah S.W.T bersama keluarga tercinta.
Mintak maaf bebanyak kerana tak dapat meraikan dengan makan-makan...lain kali ye......

Kalau terasa nak baca surat khabar "orang putih"... bolehlah buat baik dengan Abang Duan...

Tuesday, January 13, 2009

Cerita Kita Juga - Sampai Bila Umat Islam Akan Tertindas?


"Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian. Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur. Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam. Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini. Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin, sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya. Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara, lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka. Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka"

PETIKAN UCAPAN SYEIKH MUHAMMAD YASSIN , PEMIMPIN UMAT ISLAM PALESTIN DI PADANG ARAFAH
Kita semua tau.. walaupun tak mahu ambil tau...hidangan-hidangan di media-media cetak dan elektronik pada setiap hari telah menginsafkan kita... Bukan lagi peperangan didalam filem tetapi peperangan sebenar.....setiap hari umat Islam makin di tindas. Inilah akibatnya jikalau tidak bersatu...Di kejauhan ini.... apa lagi yang boleh kita lakukan???
Bagi bersama-sama berjuang....tidak sesekali......hanya sumbangan berupa wang ringgit dan yang penting... panjatkan doa bagi kemenangan orang Islam di sana...
Di dalam Al Quran pun telah ada ayat-ayat berhubung Bangsa Yahudi ini..
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik ….” [Al-Ma’idah : 82]
"Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka …” [Al-Baqarah : 120]
"Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka” [An-Nisa : 160]
Fikir-fikirkan lah......

Thursday, January 8, 2009

Cerita Kita - Selamat Hari Lahir Li

Membuka tirai 2009...Apache meraikan sambutan hari lahir Budok Sekoloh @ Rosly @ Lee @ Li... tak kiralah apa nama pun, tetapi orangnya tetap sama... si kecil molek... si hitam manis...
Salah seorang pengubal program fizikal.... kalau tak ada dia...alamatnyer.. tak jadi la program ini. Banyak sungguh jasanya kepada Apache... any time.... bisa di atur...
Setakat berkumpul di Gerai Sungai Kita... itu yang termampu buat masa ini...tak kisahlah di mana-mana pun ye Li... yang penting tanda ingatan.....
Kalau sebelum ini.. kau pandai sangat "buat orang".... belang lah...pink lah...merah la...no 10 la... XXL la....ari ni... awok pulok kena... he..he...he.... harap-harap hadiah dari Apache tu... comel.. molek...mantul dan menambahkan "semangat" bila tengok yang kaler merah tu... he..he.. pepagi lagi dah sms semua kroni.... tapi apakan daya.... tugas melebihi segalanya. Kepada yang tidak berkesempatan hadir.... lain kali la ye.....kita buka buku baru.
Walaupun cuma mee dan mee hoon goreng, tetapi tetap meriah dengan pelbagai cerita. Terutamanya siri "perlanggaran dirancang"... ha..ha...ha....kalau kena kali ke 2, mintak maaf la...jalan.......
Jutaan terima kasih kepada Chief Mentor kerana sudi melayan karenah anak buah (siap belanja lagi)... itu la pemimpin nombor 1.... mentor kami...penguat semangat kami.....Insyaallah, kami akan berikan yang terbaik.....
Selamat Hari Lahir ke.....? (rahsia katanya)....dengan doa dari kami semoga di dalam kesejahteraan, ketaqwaan dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t buat anda sekeluarga.



nak rahsia sangat... tua doh tu...kek yang sesuai dengan saiz body
sedang menarik nafas yang panjang..
berselera sekali dengan gorengan mee
sampai hati... kao kipnap li tengah-tengah malam
tak berapa selera... nak balik umah cepat
tanda ingatan Apache
hadiah penuh misteri....
belang penuh makna.. apa tu?..tanya la empunya diri (jgn bawok masuk hutan, BAHAYA)
merah menyala memberi semangat baru...sila patuhi kod etika....

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Dengan sinar suria tahun baru 2009, sama-samalah kita kuatkan keazaman untuk meningkatkan prestasi kerja, memberikan yang terbaik, menyemarakkan keikhlasan di dalam menjalankan tugas seharian dan memohon keredhaanNYA semoga dirahmati pada tiap masa dan ketika....

Kepada APACHE GROUP.... Bersiap sedialah dari sekarang untuk kita mengendalikan lebih ramai rekrut pada tahun ini....wa caya U all...

SELAMAT TAHUN BARU 2009 DARI HAMBE...PUTERA PELANGI

Akak-akak yang setia bertugas di malam tahun baru 2009. Harap-harap tak demam main hujan

Tuesday, December 30, 2008

Cerita Kita - Selamat Hari Lahir Ita

Selamat hari lahir buat mama Ita dari Apache Group... dah meningkat usia...tambah meningkatlah prestasi...semoga sentiasa di rahmati Allah pada tiap ketika...Tak sempat nak celebrate besar-besaran....secara kecil-kecilan pun kira ok la... yang penting ada tanda ingatan daripada rakan-rakan hutan.. he..he...bayangkanlah yang dalam pinggan tu ikan Kerai... bukan ikan keli...Kepada Apache-Apache yang lain... sori lah tak sempat nak jemput... Jalan jem...he..he....hadiah dari Apache tu... pandai-pandailah simpan ye...tahun depan siap ada tandatangan lagi.. he..he....kepada yang duduk di hujung dunia tu.....cepat-cepatlah tukar HQ...boleh makan belanja hari-hari... he..he.... Abg lee kata.....

Dia ingat dah selamat....tapi tiada yang boleh lari dari squad Apache... he..he... pemantauan selama 5 hari....dapat juga hasilnya....jangan marah ye.... sebab abg Li kata... "Tak aci la 'harta' aku jer yang masuk blog"....ha..ha...hanya abg Li dan yang empunya ajer diri tahu.....jangan letak merata.... BAHAYA....

Monday, December 29, 2008

Cerita Koi - Salam Maal Hijrah 1430 H

"Kita pohon kekuatan.. Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat....
Kita pohon keteguhan hati.. Allah beri masalah untuk diatasi..
Kita pohon keyakinan..Allah berikan ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..
Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini..
Namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan.."

sms dari Mat Kombo

"Salam Maal Hijrah 1430H..Mudah-mudahan Ukhwah sesama kita diberkati ALLAH SWT..

sms dari Hajah Kamar Nor'In

"Setiap pengorbanan memerlukan kejujuran, keihlasan dan ketaqwaan kepada Allah...
tanpanya setiap pengorbanan tiada ertinya dan hanya sia-sia"

sms dari Qipah / Adam

"Semoga kedatangan tahun baru membuka lembaran baru yang lebih bermakna dan diberkati olehNya"

sms dari Suhaila

"Ya Allah.. peliharalah kami disepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya daripada melakukan perkara-perkara yang Engkau murka dan tidak redho..

sms dari Zaidi

"Kita sering lupa kita adalah hamba Allah yang kerdil. Kita juga sering lupa pada yang wajib dan haram, kita juga lupa untuk ingat mengingati.. tetapi Allah tidak lupa Syurga dan Neraka.."

sms dari Ab Zan

"Lahirnya insan disambut dengan AZAN..manakala perginya INSAN diiringgi dengan SOLAT. Alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya cuma antara AZAN dan SOLAT...
Untuk itu, manfaatkanlah waktu yang sedikit itu dengan sebaik mungkin"

sms dari Kak Rusni / Raazmi

"Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap MATAHARI..Kemudian ALLAH datangkan pula hujan, guruh dan kilat...Puas kita menangis mencari dimana MATAHARI... Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI...

sma dari Kak Awiyah

"Ya Allah, seketika di akhir tahun ini, Insyaallah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin....

sms dari Puan Haslinda

Terima kasih kepada sahabat handai yang menghantar sms tanda ingatan sempena menyambut Maal Hijrah 1430H bersamaan 29 Disember 2008 (Isnin)... Semoga tahun ini kita lebih mendapat kekuatan untuk menjana kehidupan yang penuh cobaan, rintangan dan halangan ini. Kita juga memohon keredhaan ALLAH SWT agar diberi kekuatan dan sentiasa didalam kerahmatannya didalam apa juga yang kita lakukan...
Kepada mereka yang tidak menghantar atau tidak membalas sms... kredit dah abih la tu.. atau sedang seronok bercuti....


SALAM MAAL HIJRAH 1430H DARI HAMBA.... PUTERA PELANGI...