Monday, December 29, 2008

Cerita Koi - Salam Maal Hijrah 1430 H

"Kita pohon kekuatan.. Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat....
Kita pohon keteguhan hati.. Allah beri masalah untuk diatasi..
Kita pohon keyakinan..Allah berikan ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..
Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini..
Namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan.."

sms dari Mat Kombo

"Salam Maal Hijrah 1430H..Mudah-mudahan Ukhwah sesama kita diberkati ALLAH SWT..

sms dari Hajah Kamar Nor'In

"Setiap pengorbanan memerlukan kejujuran, keihlasan dan ketaqwaan kepada Allah...
tanpanya setiap pengorbanan tiada ertinya dan hanya sia-sia"

sms dari Qipah / Adam

"Semoga kedatangan tahun baru membuka lembaran baru yang lebih bermakna dan diberkati olehNya"

sms dari Suhaila

"Ya Allah.. peliharalah kami disepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya daripada melakukan perkara-perkara yang Engkau murka dan tidak redho..

sms dari Zaidi

"Kita sering lupa kita adalah hamba Allah yang kerdil. Kita juga sering lupa pada yang wajib dan haram, kita juga lupa untuk ingat mengingati.. tetapi Allah tidak lupa Syurga dan Neraka.."

sms dari Ab Zan

"Lahirnya insan disambut dengan AZAN..manakala perginya INSAN diiringgi dengan SOLAT. Alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya cuma antara AZAN dan SOLAT...
Untuk itu, manfaatkanlah waktu yang sedikit itu dengan sebaik mungkin"

sms dari Kak Rusni / Raazmi

"Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap MATAHARI..Kemudian ALLAH datangkan pula hujan, guruh dan kilat...Puas kita menangis mencari dimana MATAHARI... Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI...

sma dari Kak Awiyah

"Ya Allah, seketika di akhir tahun ini, Insyaallah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita-citanya yang murni. Amin Ya Rabbal A'lamin....

sms dari Puan Haslinda

Terima kasih kepada sahabat handai yang menghantar sms tanda ingatan sempena menyambut Maal Hijrah 1430H bersamaan 29 Disember 2008 (Isnin)... Semoga tahun ini kita lebih mendapat kekuatan untuk menjana kehidupan yang penuh cobaan, rintangan dan halangan ini. Kita juga memohon keredhaan ALLAH SWT agar diberi kekuatan dan sentiasa didalam kerahmatannya didalam apa juga yang kita lakukan...
Kepada mereka yang tidak menghantar atau tidak membalas sms... kredit dah abih la tu.. atau sedang seronok bercuti....


SALAM MAAL HIJRAH 1430H DARI HAMBA.... PUTERA PELANGI...

No comments: