Friday, June 26, 2009

Cerita Kengkawan - Lagi Cabaran Gunung Tahan

Insyallah.... dengan izin Allah SWT....Kumpulan ke 2 dari MPK akan membuat pendakian menawan puncak Gunung tahan dari 28 Jun hingga 5 Julai 2009. Setelah menjalani latihan... nampaknya kumpulan ini begitu berkobar-kobar untuk menjulang bendera MPK di puncak Gunung Tahan. Ini akan mengulangi kejayaan kumpulan pertama yang telah berjaya menjejak puncak gunung ini pada 15 hingga 22 Julai 2000.
Kepada semua peserta....fizikal dan mental kena 120% extra....jangan pentingkan diri sendiri... tolong menolong....bantu member-member yang agak-agak dah nak jem...jangan over semasa pendakian...maklumlah.. dalam hutan tu macam-macam ada....
Kepada Pok Leh, Mejar dan Baby... pengalaman lalu banyak membantu rakan lain....
Baby.... jangan ada lagi nak usung orang... kalau ada yang jem....ikat je kat pokok... bagi roti dan air mineral 500 ml.... he..he..he.... Kepada Deruss.... ambik dapur gas, periuk dan cerek kat markas tu nak buat apa??? Mana boleh bawok woooo..... pakai mestin je.... tak pa la....try dulu mana-mana yang boleh.... jangan dibuang menda-menda tu cukup la..... Jaga-jaga sikit ada dua kuntum bunga tu....
Apa kabo Pok De, Fauzi dan Ameer??? Jurupandu kami ketika itu.... masih aktif lagi atau telah berpencen???? Kepada semua....Putera Pelangi mengucapkan selamat berjaya.....ambik gambo banyok-banyok..... Jangan tinggal sembahyang.....Amin....



Selamat berposing di puncak!!!