Wednesday, November 26, 2008

Melayan Tarikan Patin Dan Kerai Di Akob

Ingin memenuhi hasrat dan cita-cita sahabat yang dah lama terpendam.... ingin membayo utang.. maka dalam kesesakan lalulintas... maklum la.. Kuantan dah mcm KL... maka haluan pun menuju ke Akob Patin House... melempiaskan nafsu serakah.. melayan gelodak nafsu yang membara... maka selamat la satu lagi episod membuncitkan perut yang dah sedia boroi... he..he..Tima kasih la pada yang terbabit... kepada Kak Ita... sapa suruh cuti... Nasib hang la... kpd Abang Zan...kita buka episod lain.. ok.....eerrrkkkkkk......


Suci murni ajer lepas berenang dalam minyak

Serangan pun bermula... selesai dalam masa tak sampai 10 minit

Mula ternoda

Makin parah

Inilah hasilnya....beruk lantok betul la
Last Posing

Sungai Lembing Tenggelam

Beginilah keadaan Bandar Sungai Lembing saban tahun terutamanya ketika musim hujan. Kedudukannya di hulu Sungai Kuantan ini mengakibatkan air naik begitu cepat ketika hujan turun. Gambar-gambar ni di rakamkan pada 7 Disember 2007. terima kasih kepada JPS kerana memasang "Real Time Camera" berhampiran Balai Polis Sungai Lembing. Sekurang-kurangnya penduduk Kuantan boleh memantau keadaan banjir dan membuat persediaan yang sewajarnya bila air mula naik. Puin-puin tanah nampaknya telah banyak yang longgar akibat dari pembalakan di Hutan Sungai Lembing. Kelodak-kelodak yang hanyut bersama banjir akan cepat mendap dan mencetekkan aliran sungai menyebabkan air cepat melimpah. Hutan yang telah gondol tidak dapat untuk menyerap air dengan cepat, maka banjir akan berlanda....sama-sama kita fikirkan....
http://infobanjir.water.gov.my/SGLEMBING.htm#











Thursday, November 20, 2008

Selamat Hari Lahir

Beginilah adat kita bersahabat. Hari-hari istimewa macam ni, adalah sahabat-sahabat yang meraikan. Dan ianya terserlah di Annexe pada 19 Nov 08 apabila semua "hard core Apache" telah sama-sama meraikan sambutan hari lahir Abang Zan, adik Suraya dan adik Baby... Buat-buat supriselah konon... berminyak la muncung melayan gulai patin dan sayur labu... Nak hadiah mahal-mahal... tak de la.... tapi "hadiah misteri" tu adalah... he..he... harap-harap "muat dan selesa" lah ye... mana boleh ngam-ngam... tak pernah rasa dan  tengok punnnnn... Kepada yang lain-lain tu... tunggu la tahun depan........ kot-kot ada suprise lagi....he..he...he...Yang penting, kemesraan antara kita jangan di putuskan..... TQ boss .. kerana sudi melayan karenah anak buah....... Kepada Majer Mee dan Abang Wan... kita buat lain kali ye....

Selamat Hari Lahir Umi Suraya

Selamat Hari Lahir Baby Tue..
Pulang dengan membawa perut yang penuh
Hadiah misteri penuh bermakna
Sukanye dia... dah naik pangkat.. jadi Umi
Tambah umur...Tambah hansem...Jangan "tambah" lagi ye....
Senyuman penuh bermakna.. Kem Komender...
Nasib Abang Duan...Datang lambat.. kena perabih makanan...
Gelagat Mak Tiri dengan Sarjen Derus...
Birthday Boy perpeluh menghabiskan makanan... Bahana terlebih tambah..(jaga la.....)
Iklan gigi terputih Umi Suraya 

Sedutan terakhir kepala patin...ada ummmpphhhh....

Monday, November 17, 2008

Khazanah Sungai Lembing

Inilah antara keunikan kawasan hutan di Sungai Lembing. Pelbagai jenama ikan daripada saiz s..m..l..xl..xxl..xxxl...sedia untuk bertarung dengan kaki-kaki pancing bagi melempiaskan nafsu mereka.... Sebut saja ikan apa... semua ada... ikan sungai la.... ikan laut kena la pergi Jeti LKIM... Kelah, Sebarau, Baung, Tengas, Lampam, Jelawat, sie, susur batang... keli pun ada.. haruan...udang galah pun kekadang menyinggah juga.. memang mengiurkan sekali... Di jamin oleh Putera Pelangi....

Baby, Madi dan Abg Duan khusyuk menyiang ikan
Antara tangkapan terkecil oleh baby menggunakan umpan roti
"Cepat sikit"...Zul memberi arahan....
Anda bayangkan lah sendiri
Garam + kunyit pun sudah memberangsangkan
Pok Leh sedang menurunkan ilmu Tahan Panas
No Komen... he..he.....

Wednesday, November 12, 2008

Dulu-Dulu

Memang Sungai Lembing ni dah terkenal seantore dunia suatu waktu dahulu sebagai lombong bijih timah terdalam di dunia. Tapi perlombongan ni dah berhenti sekitar awal 80 an dulu. Biasa la.. bila bijih timah dah habis...tak der sapa lagi yang peduli. Tapi Sungai Lembing ni kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Sapa yang tak percaya, boleh la datang... Muzium Sungai Lembing ada... Bukit Panorama ada... Gunung Tapis ada...Kolam Air Panas ada...Ikan Kelah. Jelawat..Lampam..Sebarau... Lagi ada... boleh la rasai tarikan ganas si raja sungai ni....

Tahun 1950 an




















Tahun 2008
































































































Pukul 3 Pagi

Eeeiiiii.....syejuknyer....Rasailah kenikmatan dan kesejukan air Sungai Kuantan yang menjadi punca aliran hingga sampai ke bandar Kuantan. Air ni la yang kita minum hari-hari. Meresap sampai ke tulang hitam ye... he..he... Senyum la sikit...Wawa dan Adda tu... macam nak marah je.
Dont worry...lepas ni tak kena dah.....

Kem komander sedang mengamok
Sori boss.. he..he...