Sunday, January 31, 2010

HARI ITU TAK AKAN KEMBALI LAGI

Dah agak lama aku tak mengup-date kat dalam ni... maklumlah agak bizi pada awal tahun baru ni.... lagi pun....program fizikal berhenti rehat dulu lantaran cuaca yang tidak mengizinkan. So tak ada la cerita khusus pasal fizikal.... tapi terkini.... 4 Februari nanti akan diadakan re-fresh kepada semua puok-puok Apache.... so.. tunggulah surat jemputan ye.... Kita nak plan betul-betul pada tahun ni agar terlebih-lebih suksess daripada tahun-tahun lalu... almaklumlah dah masuk tahun ke 4, mestilah tambah berkesan dan tersusun program kita.....so aku tutup dululah bab-bab fizikal ni... nanti ada story baru... aku masukkan lah....

HARI ITU TAK AKAN KEMBALI LAGI

Sebenarnya story ni dah lama aku masukkan sebagai draft.... cuma tak berkesempatan nak publish....sajalah nak berkongsi cerita dengan kengkawan semua....ni semua masa aku kat SMART tahun 1981-1982 dulu.... tetiba aja terjumpa beberapa keping gambar dengan rodong-rodong masa upper six.....
Masa sekola lah antara saat-saat yang begitu mengujakan.... macam-macam peristiwa we all lalui.... banyak yang dah lupa....
Nama kengkawan pun dah tak berapa nak ingat.....
Tapi yang sorang ni tetap diingati iaitu brother Piejo....maklumlah sebab satu tempat keja...

Yang lain-lain... kekadang ada juga terjumpa... tapi banyak yang udah tidak diketahuan di mana depa sekarang.....Rocky(dengar citer kat Langkawi), Pok Ya, Pok Din (jadi pengadil Bola), Mazlan(Jengka mari), Tarmizi, Nazri, Mat Tan Bacho (Sabahan... "aku sedeei la.. raya tak dapat balik kampung), Wan Iskandar (dulu tokey petronas), Jantan (nama sebenar), Anuar (adik dia keja p/kuasa sekarang), Fatah (ada jumpa baru2 ni... makin sihat)... Romely (Geli), Safri dan yang lain-lain...

Hok puang....Siti Khadijah, Mastura, Mas Merah ( kembar Mastura..kena gossip dengan aku), Fadzilah (Alor Batu, Jabor... aku minat kat dia tapi dia tak layan....padan muka aku... he..he...) dan yang lain-lain.... hok puang ni payoh sangat aku nak ingat namanya.. maklumlah dan hampir 30 tahun masa memisahkan kita.....

Sekolah Menangah Abdul Rahman Talib (SMART) telah mengajar aku erti perpisahan dengan keluarga sebab kali pertama berpisah dan duduk asrama. Semasa disini juga aku telah kehilangan Ayah tercinta apabila beliau telah meninggal dunia pada 6 Januari 1982 sejurus sahaja aku tiba ke asrama buka penggal satu....ALFATIHAH...

Di sini juga aku mula mengenal erti raging... (masa tu ada lagi bab-bab raging ni)... masih ku ingat kepada Samrin (Sabahan).. selalu buli aku.... mentang-mentang la badan besar anak badak... kao buli aku ye.... tak pe.. aku dah lama maafkan....mana kao sekarang?

Kenangan di SMART sedikit demi sedikit telah terhakis, namun Tuhan maha kuasa apabila anak ku yang sulung "Adam" telah ditempatkan di sini dari tingkata 1 hingga tingkatan 3 (2004-2006) dan telah beroleh 8 A dalam PMR (anok aboh la katakan...) dan ianya telah mengembalikan palbagai kenangan lalu....Cikgu Leman... KEPTES... Lawatan ke SM Padang Midin... Cikgu Ghafar(dah pencen.. selalu nampak masuk pertandingan memancing)....Bilik K... Waf Puri... Pakcik Banduan (mintak ampun pakcik)....Jalan kaki ke Masjid Negeri untuk sembahyang Jumaat... Joging ke TC hari minggu...Main bola petang-petang...Feuwittttt!!!.. mengacau budok puang lalu masa balik sekolah..Jalan kaki ke Galing Kecik beli sambal ikan bilis dengan kuih-muih masa bulan puasa...Gaduh dengan SABS...Masa air paip jadi payau... sabun pun tak der buih...bedah katak (budak sains la katakan).... dan pelbagai lagi nostalgia yang terpaksa memerah otak untuk mengingatkan semula.......

Dan... masa-masa itu.... tidak akan kembali lagi... hanya kenangan dan pengajaran telah menjadikan aku menjadi begini....Wassallam


Ni masa lepas jamuan perpisahan upper six (snap kat dorm)

Hari sukan sekolah
Aktiviti wajib waktu petang
Lawatan ke SM Pading Midin
Sekayu.... sejukkkk...
SM Padang Midin
Jamuan perpisahan upper six
Cuba teka.... sapa yang duduk atas meja tu????