Friday, January 23, 2009

Cerita Dulu-Dulu - XPDC Mencari Tasik

Daripada cerita orang dulu-dulu, dikhabarkan ada sebuah tasik yang menjadi punca kepada aliran Sungai Kuantan...nak kan kesohihan...peta daripada Jabatan Ukur diambil sebagai rujukan. Maka sah lah.. memang ada tasik di hulu Sungai Kuantan. Maka diatas perkenan mentor pada masa itu, tahun 2001.. sebanyak 5 XPDC menjejaki tasik ini telah dilakukan. Dalam 4 XPDC yang pertama, jejak-jejak yang dituruti ternyata hampa...dengan hanya menurut naluri hati dan dibantu dengan GPS dan peta, ternyata hampa. Berbagai-bagai bentuk muka bumi telah dilalui oleh ahli-ahli XPDC... meredah hutan dan sungai.. mendaki bukit..meniti permatang... minum air paya...tidor di pangkal pokok.. ditimpa hujan ribut dan macam-macam lagi la.
XPDC kali ke 5 barulah lokasi tasik diketemukan.. itu pun di atas andaian kami sahaja kerana apa yang dijumpai ialah sebuah paya tandus... tiada hamparan air yang membiru...tapi tiada gambar boleh dijadikan bukti kerana kamera terjatuh dalam air...selepas itu, tiada lagi XPDC dilakukan... namun mungkin akan di buat dalam tempoh terdekat. Dengan bantuan GPS yang semakin canggih sekarang... Insyaallah... cita-cita akan tergapai juga...
Apa yang mengasyikkan ialah dengan pertemuan beberapa buah lokasi menarik di sepanjang pencarian tersebut... anak-anak sungai yang jernih... air terjun yang cantik... flora dan fauna yang pelik dan berbagai lagi.
Yang paling MENGGETARKAN jiwa ialah ikan-ikan yang AMAT banyak... pendek kata.. kena kuak ikan la dulu baru boleh ambil air... he..he... Harap-harap kawasan ini masih kekal hingga sekarang tanpa dirobek oleh tokey-tokey balak....
Bukti ada tasik di hulu Sungai Kuantan
Laluan balak di permulaan perjalanan
Abang Duan, kicap, baby dan majer
Bantuan GPS Pak Wahab..gagal juga sebab dalam hutan tak boleh baca satelit.. katanya
Berehat dengan maggi.... sudah begitu menyelerakan
Camping di pangkal pokok dan minum air paya
Cabaran biasa
Tengah hutan belentara... kalau kena ngap...tak der sapa yang tau.. he..he..
Bekas pondok pencari ikan...comel janggut..
Antara gang yang dulu, kini dan selamanya tetap bersama
Tanda merah... alamat nak kena tebang la tu... kesian...
Masa tengah hansem... sekarang lagi hensem....
Bayangkanlah sendiri.... cakap banyak tak mau la....
Tayang body selepas kekenyangan
20 minit mancing... ini hasilnya...tak caya....jom la ikut..
Ramai yang tak tau... sapa sangka abang Md Rapi dah lama joint masuk hutan

Aduhai Tasik....suatu hari.. kami akan sampai juga.....