Sunday, March 28, 2010

LATIHAN FIZIKAL DULU-DULU

Cerita Dulu-Dulu

Bagi yang enggak tahu.. sebenarnya program fizikal ni dah bermula sejak tahun 1997 lagi. Mantan S/U yang punya idea kreatif begini. Kome ni sebagai runner jer... janji bereh... Kawasan Lubuk Beruk tulah yang menjadi pusat latihan. Cuma dulu-dulu, tak derlah buat program detail macam sekarang. yang tu, engkao orang kenalah maklum dan fahami. Gaji pun dah naik, kereta proton pun dah berpuluh generasi berubah, engkao orang yang dulu kiut-miut pun dah banyak bumber dan tayo spare yang muncul... matannya... program ni pun kenalah berubah juga...
Kalau nak bandingkan...bagai bumi dengan langit jika dibuat perbandingan.....

* Kita hanya mempunyai sebuah kenderaan 4X4 iaitu Land Rover (CAH 3827). Peserta terpaksa berjalan kaki daripada kawasan resort hingga ke tapak perkhemahan sejauh kira-kira 4 kilometer.

* Tempat tidur hanyalah khemah kecil atau ponco dimana ada peserta dan fasilitator yang tidur di dalam karung plastik mayat.

* Memasak hanya di dalam mestin dan menggunakan “Camping Gas”, lilin memasak dan kayu api.

* Tiada kemudahan tandas di sediakan

* Tiada dewan disediakan

* Tiada paip air disediakan

* Tiada kemudahan generator disediakan

* Tiada alat-alat keselamatan disediakan kecuali jeket keselamatan

* Makanan yang agak terhad kerana kekurangan bajet.

Itu antara apa yang ada pada masa tu, kalau nak di detailkan... banyak lagi.... tapi biorlah kami simpan ajer....Namun, walaupun serba kekurangan, tak ada pulak yang merungut bagai nak rok.. Naper la kao orang fobia sangat bila sebut Sungai Lembing??? Entahlah.. masing-masing ada jawapannya.... Itu cerita sebelum pergi....tapi bila dah habis kursus.... baru tau akan kenikmatannya...seronok sekali....

Pelbagai kemudahan telah di "up-gradekan" sekarang.... tak payahlah nak di detailkan... tanya ajer la kepada mereka yang telah menghadirinya... atau tengok jer la gambo-gambo kat bawah tu....sekeping gambar boleh menceritakan 1000 perkataan....

Semasa Pemantauan

Julaimi (rambut lebat lagi).. Bakri (masuk AFSB) dan Wan Aziz (tak aktif lagi lepas nikoh)
Bakri, Zufri, Julaimi, Leh, Pudin dan Mustopa. Pelangi tetap maintain
Satu-satunya nadi pengangkutan kita
Tengoklah apa yang kita ada pada masa tu
Antara krew terawal
Mantan S/U punya idea. Kem di seberang tapak sekarang
Inilah khemah kita...doif sekali...
Pudin tido dalam plastik "mayat" jer


Siri 1/1997 - 5 hingga 7 April 1997

Kita dah menjelajah ke Bukit Berapit.. Semoga Encik Mamat Uda segera semboh
Hanya "last jeket' yang ada...tali pun guna tali ikat kambing jer
Sesi tayangan perut boroi.. 2 dah kembali ke Rahmatullah....Rahman dan Pok Nik.. Alfatihah
Jalan kaki sampai kem
Kreatif dan inovatif

Puas hati

Siri 2/1997 - 31 April hingga 2 Mei 1997

Benda macam ni adalah perkara biasa



Siri 3/1997 - 28 hingga 30 Jun 1997

Guna mestin jer.. belah kanan tu si Nani
Seronok dapat makan ramai-ramai begini
Sekitar Bukit Seri - Kem wanita pertama
Jalan kaki 4 km untuk ke Air terjun Pelangi
Wajah-wajah "You All" kira-kira 13 tahun lalu... antaranya.. Ana, Nani, Huzita, Leha, Linda dll.

Kenalkah anda wajah-wajah sapa tu???

Siri 4/1997 - 5 hingga 7 Julai 1997

Sekarang dah guna tong gas beso...

Antaranya.. Jaja... Marlina dan Ita (dah lama kena raging...)
Dah ada sesi "pecah otak"



2005

Lebih teratur dan dipelbagaikan programnya. Peserta pun tambah ramai. Lebih cabaran lebih mantap.

Regangan sebelum mendaki Bukit Panorama (mujur tak jumpa mee tangga...)

Posing di puncak Bukit Panorama.. lebat janggut....
Yang buat "Peace" tu... nama samaran "Virus Man"
Kat Air Terjun Pelangi... Majer, Leh, Madi, Baby dll dah joint krew
Menuruni Bukit Berapit
Masa balak keluo...jalan pun comel ajer
Kalau orang sekarang kena macam ni.. macam mana? 2 bakul la fasi kena sumpah kot...
Elly Salwana... dah keja kat MBPJ
Eza... dah jadi warder kat Penjara Kajang
Aksi bahaya Baby


Dah ada game

Ratu Murai kedua
Antara krew yang terlibat

Bereh......

Itulah citer dulu-dulu....matannya sama... agar kita dapat memberikan sumbangan yang besar kepada organisasi melalui pendekatan kita sendiri.... yang bakal naik nama.... sesungguhnya anda telah beroleh pelbagai kemudahan terkini.... berikan yang terbaik untuk organisasi anda...

Wednesday, March 17, 2010

SIRI 1/2010 - SUKSESS

8 hingga 11 Mac lalu... berlangsunglah dengan jayanya apa yang telah kita rancangkan bersama sejak berakhirnya program siri 2/2009 pada November lalu. 41 orang peserta nampaknya ceria di dalam gundah. Maklumlah dengan pelbagai ceritera yang mungkin mereka dengari. Tambahan daripada itu, rata-ratanya mereka belum pernah menjengah Lubuk..... Beruk... yang menjadi lokasi latihan. Cuaca yang panas dengan suhu kira-kira 36 darjah tidak sesekali membantuti program yang telah diatur. Macam biasalah.. program yang dibuat penuh dengan falsafah dan nilai-nilai murni yang tersembunyi jika kita memikirkan dengan positif Walaupun ada sedikit kemalangan, namun semuanya itu adalah adat kita berhutan. Udah dibagi tahu supaya berhati-hati, namun apa yang terjadi adalah diluar kawalan. Lebih daripada 80 % dari komen peserta bersetuju dengan program ini. Ceria, enjoy, seronok, dapat ramai teman dan pelbagai lagi komen yang membina. Dan semuanya itu menjadi pemangkin kepada kami untuk terus bersemangat menganjurkan program ini.

Kami mampu lakukan !!!!
Taklimat ringkas sebelum departure
Welcome To Sungai Lembing
Memohon Restu Ilahi
Satu-Satunya Kolam Air Panas Di Sungai Lembing
Mantapppp!!!
Inilah Barisan Kita
KB Yang Sporting... TQ...TQ...
Kena Hafal Lagu.. Baru Boleh Makan...
"Kamu Saja Buat Saya Marah!! Saya Dah Kata Pukul 2 Petang.. Ini Dah 2.01 Minit... Memang Kamu Saja Nak Cari Nahas!!!" (Garang betul fasi sorang ni... tapi.... cuba cari sambungan kat bawah nuuu...)
Kraf Perkhemahan
Juara Tuang Air
Keunikan Di Lubuk Beruk
Akibat Cuaca Panas...Hanya Sedikit Air Yang Ada di Air Terjun Pelangi
Amboi... MONTOQnya!!!
Indah Sungguh Kejadian Tuhan
Adalah Nampak Sedikit Pelangi
Apa Agaknya Yang Ada Kat Atas Tu Ye???
Kepuasan Yang Tiada Ternilai....
Yang Lain Bila Lagi Nak Datang Ke Sini???
Kelas Belajar Berenang
Habuan Makan Tengahari
Hati-Hati Nanti Pocah
Tak Ada Yang Berjaya
Besday Girl... Menitis Air Mato Terkezut
Sama Rasa Sama Rata
Hujan Di Tengahari!!!
Best Pren 4Ever.... Seronok Nampak..
Omakkkkk!!!
Syioookkkkknyerrrr!!!
120 kg...
Banyak Motivasi Dan Nasihat Yang Tersurat.... TQ Bos... Mujur Tak Bawak Seluar Merah....
Banyak Harta Tergadai....
Harta Rampasan....

Pelbagai komen yang diterima memberikan kekuatan kepada kami. Yang membina kami jadikan panduan. Yang kurang membina, juga kami jadikan panduan.....

Antara Komen-Komen "Terbaik"

# Air mineral tak berapa cukup

* Air sungai banyok... fresh dan bersih... togok je la

# Tambah bilik persalinan lelaki

* Amboi-amboi... orang jantan....pandai-pandai la cari port

# Buat LDK di Air Terjun Pelangi

* Kalau peserta boleh tolong bawak barang dan fesi naik Heli... boleh di pertimbangkan

# Buat dewan kekal

* Untuk makluman.. kawasan Lubuk Beruk ini di bawah seliaan Pejabat Perhutanan Negeri. Ianya adalah kawasan terbuka dan sesiapa sahaja boleh datang. Kalau dibuat dewan yang molek dan comel, dibimbanggi akan menjadi rosak kerana tiada orang yang menjaga. Usahkah dewan, bangku yang dibuat pun boleh hilang / jadi kayu api

# Tambah program baca peta, kembara dan mencari makanan yang disorok.

* Akan dipertimbangkan tapi jangan salahkan fesi jika kebulurang

# Asingkan tandas lelaki dan wanita

* Dah ada 4 tandas dibuat... cukuplah tu... tak kan nak tambah lagi

# Teruskan program ini untuk semua peringkat

* Insyaallah.. selagi kami diperlukan

# Tambah program survival dan kehidupan di hutan

* Akan berbincang dengan Tok Batin Sungai Mas. Special task "Panjat Pokok Potai"

# Tambah check point kembara lilin

* 3 Check point pun dah tergadai 1/2 badan... kalau tambah lagi, mau tergadai satu badan

# Setiap game ada hadiah berupa makanan

* Good Idea... TQ

# Tambah masa kursus

* Atas arahan... fasi... No hal...

# Kena ada pakar fisiotrafi

* Akan berbincang dengan Puan Surina... ni baby kena tolong.


Penutup
Sumpah Taat Setia Kepada Organisasi
Biggest Loser At Lubuk Beruk
Cayang... bucuk-bucuk... Banyak Air Mata Yang Tumpah
Teruskan Ikatan Silaturrahim Sampai Bila-Bila
TQ Kepada Semua BRO n SIS... Kerjasama yang Tidak Berbelah Bahagi... Anytime.. Anywhere..

CERITA PUOK-PUOK KITA PULAK

Ada komen agar fasi kurangkan bergalok... itu tidak boleh kami terima... "galokan" kami penuh dengan "tokmaninah".. kami dah jadi satu keluarga besar sejak lebih 10 tahun yang lalu. Kami enjoy dengan tugas-tugas kami. Ceria, mesra, sentiasa bergurau senda.... itulah kelebihan yang ada pada kami... kepada sesiapa yang berhasrat nak joint kami.. No hal.... hantar aja resume...
Screen Test yang diketuai oleh Julaimi akan diadakan....

Antara Syarat-Syarat Utama Untuk Jadi Fasi:

1) Berat minima 80 kati
2) Tinggi minima 65 inci (Lee Black tak masuk kira)
3) Boleh keja 25 jam tanpa henti
4) Tahan maki
5) Boleh angkat balak macam Pok Loh buat
6) Boleh panjat pokok petai
7) Boleh makan pucuk-pucuk kayu sebagi ganti nasi sekiranya darurat

Persiapan Sebelum Berangkat



Macam-Macam Ragam

Adalah yang jadi mangsa kutukan tu
Antara tonggak utama
Jadi bebudak semula... main tepung
Baru 4 hari tinggalkan rumah... dah nano...
Tuang Director
Tuang Assistant
"Bahtera" di daratan.. kena ikat sauh depan belakang.. takut hanyut
Aksi Body Builder... Pok Loh
Yang kanan tu tengah berusaha keras agar jadi putih macam yang sebelah kiri...
DJ koner... Lubuk Beruk FM
Ratu Air Mata
Lubuk GIGI... Hanya kita yang mengerti
Pandai mu jaga Boss....
25 kg ajer
Dah tak boleh turun
ADDA.... Luluh ujian pertama....bakal adik tiri paling garang
Atas... Gua Julaimi.... Bawah... Gua Mizi
Sambungan.....Depan peserta garang tak kira tempat.... rupa-rupanya jadi tukang masok kat dapur je.... bawak 4 "bini" pun tak guna.... "bini" tak takut dia.. kah..kah....


Kerja-Kerja Kita Selepas Program

Seperti kebiasaannya... macam ni la tugas-tugas yang kita buat.... yang ni ramai orang tak tau... kalau peserta kata penat... kita dah dua minggu buat persiapan... lagi la penatnya... sabor je la ye.. bakti kita kepada organisasi






Terima kasih kepada semua peserta dan fasilitator kerana menjayakan program kita pada kali ini. Secara umumnya, kumpulan ini adalah yang terbaik antara yang terbaik....semoga suksess pada Mei nanti.... Insyaallah

Respect Team

Zan-Mizi-Fendi-Leh-Etta-Azwan-Majer-Julaimi-Mail P/K-Baby-Deen-Abg Duan-Jeff-Pok Loh- Derus-Adik-Mail Saman-Mat Adli-Siput-Sue-Ammy-Syuhadah-OJ-Hj Shairul-BOSS

Nota Kaki...

20an...bayangan "hidup"
30an...pandangan "hidup"
40an..pegangan "hidup"
50an...perjuangan....baru "hidup"
fikir-fikirkan......

TUNGGU CERITA SELANJUTNYA MACAMMANA PROGRAM INI DIJALANKAN KIRA-KIRA 13 TAHUN YANG LALU