Thursday, September 24, 2009

SALAM AIDILFITRI - 20 SEPTEMBER 2009

Cerita Sebelum Raya

18 September, cuti telah dipohon. Tak ada masalah, garenti lulus. Kira-kira pukul 3 petang, dengan muatan yang sarat, maka Avanza ku pun memulakan perjalanan.... Macam kata Allahyarham Sudirman (balik kampung... wo..wo..balik kampung...). Keputusan diambil untuk memasukki LPT mengikut Tol Bukit Goh memandangkan kesesakan yang begitu menyesakkan yang saban hari berlaku bermula daripada restoran Zaman hinggalah ke lampu isyarat di Jaya Gading. Something wrong that lampu isyarat.... orang2 yg berkenaan tolonglah tengokkan yer..
Perjalanan macam biasa....lancar tanpa banyak kereta. Begitulah senario di LPT, memang tak banyak kenderaan yang melaluinya. Sambil melayan ceramah ugama oleh Ustaz Azhar Idrus, disulanggi dengan lagu hari raya, koi memandu dengan penuh berhemah.... cuma sesekali terlebih daripada 110 km/h... harap-harap tiadalah yang "menembak"...susah jugak nak maintain 110 tu... kena tengok jalan.. kena intai meter....Bersama dengkuran yang bersilih ganti dari belakang kereta.... sabo je la ye....
Sekitar jam5 petang, kome mendarat di rumah Makcu seperti mana yang dijanjikan untuk berbuka puasa di situ. Kelihatannya makcu agak keletihan... maklumlah usia dah mencecah 75 tahun... masih gagah berpuasa.
Semuanya berjalan lancar.... berbuka puasa ditemani oleh Pakwe dan Pak Itam sekeluarga. Tak berapa meriah sepertimana balik kampung pertengahan puasa dahulu.
Kira-kira jam 9.30 malam, kome menghala pulak ke Restoran Zainal... Makwe koi mengidam mee sop macam yang dia pernah makan sewaktu tahun-tahun 80 an dulu di Mentakab masa belajar di ITM Shah Alam, apabila bas Bas Tanjung Keramat berhenti rehat . Namun Restoran masih belum dibuka kerana tokeynya belum balik sembahyang Tarawikh...
Kenalah naik dulu ke Bukit Intan......kemudian turun semula ke Restoran Zainal kira-kira pukul 10.30 malam. Barulah tertunai apa yang diidam-idamkan.

Sehari Sebelum Raya

Kira-kiranya perbincangan telah dibuat untuk melaksanakan tugas sehari sebelum hari raya (walaupun belum konpom). Plannya ialah untuk menjemput orang kampung berbuka puasa di rumah dan mengadakan majlis Khatam Al-Quran. Menu hari raya ialah lemang, ketupat, rendang dan lontong disamping puding serta kuih-kuih lain yang telah tersedia.
Menu untuk berbuka pula ialah masak lemak daging salai dan lain-lain juadah pembuka selera.
Koi dengan makwe koi gi ke pasar Besar Mentakab. Bandar Mentakab dah banyak perubahan sekarang, jalan dah cantik, landskap pun menarik. Jauh berbeza jika dibandingkan masa koi kenit-kenit dulu. Pasar pun dah beralih tempat. Cuma agak tidak terpelihara. Orang pun teramatlah ramainya. Maklumlah nak nyambut raya.
Setelah settle semuanya, balik lah koi ke atas bukit. Dengan tugas-tugas yang masing telah maklum.... masukkan beras dalam buluh, idup api, salai daging, rebus ketupat dan lain-lain.... semua kerja beres mengikut apa yang di rancangkan..... hanya menunggu masa dan ketika untuk majlis berlangsung..... sambil-sambil tu... biasa lah....zzzzz....zzzzz....zzzzzzz..... dan ke rumah Pak World memesin seberkas tebu untuk hidangan berbuka. (tak sangka pulak di Puncak Bukit, petir telah memanah rumah menyebabkan suis automatik telah terbakar... mujurlah ada pakar yang dapat menyelesaikan masalah.)


Hijau Epal... tema tahun ini... koi dah ada 2 anak teruna dan 1 anak dare... masa begitu pantas berlalu
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Malam Raya

Pukul 7.10 minit malam, waktu berbuka pun sampai... setelah doa di panjatkan, kira-kira 50 tetamu begitu berselera sekali menjamu selera. Diikuti dengan sembahyang Maghrib berjamaah, majlis khatam Al Quran dan sembahyang Isyak. Dalam pada itu, sms dihantar kepada Umi dan Pok Lee nak konpomkan samada esok raya atau tidak kerana TV tak boleh dibuka sebab orang ramai.... bila dah konpom raya.... takbirpun bergemalah di Puncak Bukit Intan pada malam yang penuh syahdu itu. Hari ini, 19 September 2009 ialah hari lahir Faez yang ke 15.... hepi besday...
Setelah selesai semuanya, kome ke port biasa... umah Makcu....dari jauh terbau dah semerbak ayam bako... hasil ternakan Pak Lang....begitu menyelerakan BBQ yang diketuai oleh Abang Long (import khas dari KL)

Pelita Buluh.... masih tidak berubah coraknya ketika koi bebudok dulu.... kreatif dan inovatif

Majlis Berbuka puasa di umah Pak Chek

Majlis Khatam Al-Quran, tanda kesyukuran ke hadrat Allah SWT

Abang Panjang (Long) tekun membako ayam menu khas Pak Lang
*********************************************************************

Pagi Raya

Kira-kira pukul 6 pagi semua terjaga. Maklumlah udah hari raya. Dengan berpakaian baru, semuanya berduyun-duyun ke Masjid setelah bermaaf-maafan. Waktu sembahyang sunat Aidil Fitri ialah pukul 9 pagi. Semuanya kelihatan segak dengan warna tema masing-masing. Sesampai di Masjid Ar-Ridzuan (dulu dipanggil masjid Kampung Gajah Mati), jemaah sudah ramai memenuhi segenap ruang. Sembahyang raya di imamkan oleh Pak Lang Hamzah (otai guru mengaji koi dulu). Manakala Khutbah raya pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Silong (sepupu koi). Selepas berkhutbah, diadakan pula majlis tahlil dan bersalam-salaman sesama jemaah. Suatu kelainan di sini ialah semasa tahlil semua orang akan menerima duit raya atau sedekah, tak kira budak atau orang tua. Sesuatu yang anok koi pelik masa mula-mula tengok dulu sebab di Kuantan tak pernah terjadi benda ini. Melainkan mereka mendapat duit raya sebab masih bebudok lagi. Orang tua tak der can la. Tapi di kampung ianya telah menjadi amalan. Tak tau la sejak bila sebab seingat koi, masa kenit2 dulu, duit tahlil macam ni telah diamalkan, samada dibuat di masjid, kubur atau di rumah-rumah persendirian. Dulu-dulu, cukup dengan hanya 10 sen atau 20 sen.
Semasa bersamalam, ramai juga koi tengok perantau-perantau telah balik ke kampung, bersama merayakan Aidil Fitri bersama di kampung halaman. Dan kawan telah bersua dengan Medan (Hamdan Omar) salah seorang rodong sejak dari darjah satu hingga ke tingakatan 3. Rodong yang sama-sama berpaya, bersemantan, berkubang, lastik burung, keja di estate dan macam-macam lagi. Makin sihat nampaknya beliau. Dah beberapa kali bertukar tempat keja hingga ke KL. Akhirnya di Sri Jaya, Maran. Kecik je rupanya dunia ni.... rupa-rupanya anak beliau sama-sama belajo di Kolej Matrikulasi Gambang dengan Adam, anok koi yang sulung.

Khutbah Raya oleh Ustaz Mohd Yusof
Bersalaman memohon ampun
Ni dia "Medan"... makin bulat dan segak dengan janggut cari makan....
***********************************************************************

Masjid Ar-Ridzuan

Dulu dikenali sebagai Masjid Kampung Gajah Mati. Bila ianya dibina? Taklah koi pasti. Seingat koi, tahun 1972 masa koi pindah ke rumah pusaka yang terletak berhampiran, masjid ini telah pun tersergam. Banyak sekali nostalgia di masjid ini. Masa tu ada sebatang pokok jati depan masjid ini tempat koi lepak petang-petang dengan rodong sambil main gasing cina dan cari pucung (tau dok menda apa tu??). Kat masjid ini juga koi mengaji dengan Aki Itam (Al Fatihah) hingga tamat setelah beralih daripada Aki Tot. Ada masa ngaji petang, ada masa ngaji malam. Tengok waktu persekolahan. Ramai juga rodong-rodong yang ngaji dan belajar fardhu ain. Campur jate /tino.
(Ke manakah gerangan dua beradik "Ura dengan Anom"??? Yang sentiasa menjadi rebutan waktu itu....berapa orang dah anak??? Dah berapa saiz pinggang???) he..he...he...
Di sini juga diadakan program mengacau bubur Asyura pada saban tahun. Semua orang kampung sama-sama bergotong-royong. Kenangan paling manis ialah bila makan asyura panas-panas di dalam tempurung kelapa.... syedapppppp....
Program-program keagamaan sering diadakan. Masa dulu-dulu tak ader pun sibuk-sibuk sembahyang tarawikh 20 atau 8 rakaat. Semuanya sembahyang 20 rakaat, masa Arwah ayah menjadi imam. Masjid ini juga sering di tenggelamkan oleh banjir kerana kedudukannya berhampiran dengan paya.
Dulu-dulu koi pernah juga jadi tukang azan kat sini (part time ajer). Juga dah banyak kali memanjat menaranya untuk memasang pembesar suara.Kini Masjid Ar-Ridzuan ini telah banyak mengalami perubahan. Ianya telah diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah terutamanya semasa sembahyang Jumaat kerana tiada masjid lain yang berhampiran untuk bersembahyang Jumaat. Kena pergi ke Mentakab.
Solat Aidil Fitri baru-baru ni pun, jemaah telah melimpah hingga ke atas rumput.....



Masjid Ar-Ridzuan, Kampung Gajah Mati
Hampir di tenggelamkan oleh banjir pada 6 Februari 2008
Gambar daripada Google Earth satelit dari jarak 567 m di udara
************************************************************************

Tahlil di Kubur

Telah menjadi amalan sejak dulu-dulu lagi. Ni pun tak tau la bila dimulakan. Sejak koi bernafas lagi, program ini telah menjadi kemestian di kampong koi. Setelah selesai sembahyang raya, kome semua berderunlah ke kubur di Kampung Sungai Buluh untuk majlis tahlil pulak. Dulu jalan kaki atau naik besiko ajer. Biasanya seorang Ustaz/Imam akan memimpin majlis tahlil ini. Ia juga biasa dibuat mengikut kelompok ahli keluarga yang bersemadi yang kebiasaannya di semadikan berhampiran antara satu sama lain. Selain tahlil, sekali lagi sedekah akan di hulurkan kepada semua yang hadir. Puncanya ialah daripada derma mereka yang datang. Begitulah caranya dari dahulu hingga kini. Dulu-dulu... kome yang kenit-kenit ni suka sangatlah.... 2/3 kali beralih tempat agar dapat lebih duit. Yang syoknya apabila duit siling tak abih di berikan, maka kami bebudok akan dipanggil berkumpul. Maka Mat Satin akan mencampakkan duit itu ke atas rumput... apa lagi.. berebut sakanlah kome... terang la rumput kena lanyak. Bila dah tue-tue gini... tak ada la nak beralih tempat dan berebut lagi.... tapi kena kenalah bagi sumbangan pulak.
Di sinilah bersemadinya Ayoh koi (2 Januari 1982), Mok koi (2 April 1985), Akok koi (27 Januari 2007), Pakcu Seman (17 Mac 1983) Aki Sam, Aki Derani, Wan Der, Pak Ngoh Silung, Pak We Long, Aki Sohok, Pak Cik Umor, Pakngoh Daud, Pakcik Bakor, Moyang Mail, Aki Mat Yasin, Pak Itam Bor, rodong-rodong koi seperti Tukino Paiman (Ya), Tajuddin dan Mokhtar (Musin) dan ramai lagi sedara-mara (Al-Fatihah kepada semuanya agar di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal Soleh)

Tahlil di tanah perkuburan Kampung Sungai Buluh sudah menjadi tradisi sejak dahulu-kala lagi
Kekadang disini menjadi tempat pertemuan sedara-mara dari jauh
Pak Cek, Mak Cek, Akmal dan Izati... kat sini pun boleh posing
Sedang memberikan sedekah semasa tahlil
Semoga Arwah Kak Yah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Aminnnn
*****************************************************************************

Masjid Kampung Sungai Buluh

Masjid yang menyimpan pelbagai nostalgia dan kisahnya tersendiri. Mengikut catatan pada dinding masjid ini, ia telah dibina pada September 1963. Kira-kiranya sebayalah, menjadi antara masjid yang terawal di persekitaran ini. Ianya dibina berhampiran dengan tanah perkuburan bagi memudahkan urusan pengkebumian jenazah. Selain daripada itu, pernah juga diadakan sembahyang raya di sini suatu ketika dahulu bagi penduduk setempat yang agak ramai sebelum ramai daripadanya berpindah ke Felda.
Tahun 1971.... keluarga koi yang menetap berhampiran dengan masjid ini adalah yang pertama sekali berpindah ke sini semasa banjir besar mula melanda. Menjelang ke malam, semua penduduk kampung Sungai Buluh telah berpindah ke sini ekoran air Sungai Semantan yang telah naik secara mendadak. Mengikut cerita ayoh koi, banjir tahun 1971 adalah yang kedua terbesar melanda sebahagian besar Semenanjung Malaysia selain daripada banjir tahun 1926.
Koi yang berumur kira-kira 8 tahun masa tu, selok sangat main air dengan gang-gang sekampung. Tak ada pun rasa takut negok air boh..... relak ajer.... jala arwoh ayoh koi tak pernah kering la... ada ajer orang guna menabar jala atas kubur mencari ikan.
Masjid ini juga selalu menjadi tempat orang-orang kampung melepaskan penat dan lelah sewaktu balik daripada kebun atau menoreh getah.
Cuma... kome yang tak berapa kuat semangat ni, tak berapa suka la lepak kat sini. Maklum la tepi kubur.... faham-faham jer la. Kalau musim buah langsat yang banyak memenuhi tanah perkuburan ini, maka merioh la masjid ini.
Kelihatannya masjid ini masih tetap utuh sehingga ke hari ini. Cuma.. kenapa di biarkan orang luar yang menguasainya... niat untuk menjaga masjid ini adalah baik.. tetapi kalau dah banyak sangat kaum lain yang datang... tak berapa elok lah..... Rumah Allah kena jaga kesuciannya. Tok 4 kena tengok-tengok sikit, kot-kot di salah gunakan kemudahan.


Selepas lebih 46 tahun, masjid ini tetap utuh walaupun tidak lagi menjadi tempat bersembahyang raya
*********************************************************************
Open House

Selepas tahlil di Tanah Perkuburan.... macam biasa la... kome beramai-ramai menziarah sedara mara di sekitar kampung. Dah lama tak berjumpa, berbagai cerita yang dikongsikan. Masing-masing dah beranak pinak.... jumpa2 ajer mesti tanya "dah berapa anak??" Itu lah harta yang tidak ternilai harganya. Tak ada pun tanya "ada berapa kereta? atau banyak mana duit dalam bank?"....So.. bagi yang bujang tu... cepat-cepatlah naik pelamin....rugi wooo....
Dari kejauhan.... abang koi datang sekeluarga.... rupa2nya koi dah ada 4 orang cucu sedara... kena panggil Aki la lepas ni yek... dah lama tak jumpa... dah beso panjang masing2. Anak sedara pun kalau tempoh bahu pun tak kenal....tegur-tegur la pakcu yek....

Jejak Kasih Di Aidil Fitri
Sahrul Akmal dan Nurul Izzati... dah pandai posing
Sahrul Akmal bersama Aki @ Paklang... terima kasih daun keladi
****************************************************************

Pagi Raya Kengkawan

Seronok nampaknya rodong-rodong beraya bersama family masing-masing. Tahun ini kaler hijau nampaknya menjadi pilihan. Bila nak buat Open House???

Tokey tak buat umah terbuka tahun ni.....nak gi umah terbuka rodong-rodong pulak....

Lan, Kak Long, Ita n Baby
Pok Leh, Abang Ngah, Kak Long N Umar... Selepas lebih 1 tahun, bolehlah berkira-kira mencari ganti yang secocok dengan anak-anak. Sebab dengan yang empunya diri mesti "bercocok-cocok"... he..he... jangan mare weh....

Abg lee bersama Aliya n Haikal... Mana Ibu? Tukang Ambik gambo?? Hand set mahal tak ada timer ke? he..he...


Setelah dua hari dua malam berguling-guling mintak masuk gambar dia.... dengan rasa kesiannya, tokey masukkan la gambar pagi raya dia....macam trafic light la pulak... hijau + merah + biru (tiang trafic light)... ho..ho..... jangan kecik ati yek... abg Lee kata....


***********************************************************************


Dari Kampung Pulang Ke Bandar


Malam raya ke dua, bonda di Kuantan dah "Piknik" Ma kata, cox esok jemaah masjid nak datang lepas Zohor.... cool babies.....Ma menyedapkan hati bonda.... suruh buat itu dan ini.... apa lagi...kena pulang awal la nampaknya.... kira-kira pukul 9.30 pagi .... maka Avanza ku pun meluncur laju menerjah highway LPT..... dan selamat la segala-galanya.... cerita raya di kampung pada tahun ini......Nak beraya di bandar pulak..... Terima Kasih Daun Keladi....Harap-harap Makcu akan segera sembuh apabila dikelilinggi oleh puluhan anak cucu.... itulah nikmatnya Ramadhan dan Syawal kurniaan Allah SWT.


Tokey Sate dengan menu special
Insyaallah tahun depan raya kat umah baru
Faez bersama ahli keluarga baru... import direct from Germany (gud luck PMR)
Pink Girl.... SPM tahun ni.... jangan banyak memain sangat
Aiman n Amar
Maktun n Amar
Ameen
***************************************************************
Cerita Dulu-Dulu

Sekadar untuk imbas kembali kisah dulu-dulu masa zaman bebudok. Sekurang-kurangnya boleh la buat perbandingan perbezaan dahulu dan sekarang. Bila masuk ajer bulan puasa, kome bebudok masa tu sibuk mengumpulkan sabut dan tempurung kelapa. Round sekeliling kampung naik besiko. Nak buat apa menda2 tu??.... Sabut nak bagi mok buat kuih baulu.... manakala tempurung pulak nak buat "tetorok" atau panjut kata orang utara. Bila malam tujuh likur ajer, tempurung tadi akan di buat lubang ditengah2nya dan di susun setinggi mana yang boleh dan di bakar dari atas... cantik sekali bila dibuat banyak-banyak. Pelita pun dibuat dari buluh atau tin susu. Guna sumbu tali guni. Begitu la kreatifnya masa tu.
Main meriam buluh dah memang satu kemestian, abihlah buluh betung kena tebang. Mula2 main guna minyak tanah aja. Bila dah beso sikit, pandai guna karbaik pulak. Tu pun sebab ada gurunya. Guna buluh pun keselamatan adalah menjadi keutamaan. Siap di ikat dengan tiup motor. Pecah pun tak membahayakan. Lepas tu, guna besi tiang telefon... dan akhirnya kome korek lubang dalam tanah.... ni yang memang "power giler".... berperang bunyi lawan antara kampung. Kampung Gajah Mati, Sungai Buluh, Lubuk Kecemas, Batu Hampar dan seberang estate. Tak tidor malam la jawabnya. Walau pun begitu, kome semua berhati-hati. Tak ada pun rodong-rodong yang cedera. Rasanya kalau nak buat demo sekarang pun, ingat lagi la... tapi kena la ada pihak berkuasa sebab meriam buluh/karbaik dah diharamkan.
Kuih-kuih tradisional menjadi pilihan utama keluarga koi. Bukan sahaja lazat tapi tahan lama. Antara yang koi paling "minat giler" sehingga la sekarang ialah putu kacang dan halwa abu. Mok koi mesti buat kuih-kuih ni. Kuih-kuih lain pulok ialah dodol, nasi manis @ wajik, kuih loyang, tempeyek dan lain-lain. Air tangan mok koi "is the best". Masa tu koi sama-sama membuat kuih. Mengenjut telor dan tepung buat kuih baulu. Mengetuk acuan putu kacang, memotong halwa abu dan lain-lain. Sehari sebelum raya, membuat lemang adalah satu kemestian. Serba serbi home made... beras pulut dari padi yang di tanam, pokok buluh tebang ajer tepi sungai, kelapa... kutip ajer bawah pokok....berair la mata menahan asap....
Kejor ayam untuk dibuat gulai. Kekadang tebor ngan jala masa ayam tu makan padi. Kekadang buat jerat. Ayam kampung... beh wooo.....setahun sekali je boleh makan.

Halwa abu

Macam koi cerita kat atas tu, selepas tahlil di kubur, kome semua buat rombongan dari rumah ke rumah.... masa tu semua rumah kami pergi.... kekadang sampai ke tengah malam baru abih round satu kampung. Kenyangnya tak terkata...... tahlil di setiap rumah adalah satu kemestian. Sedekah duit raya juga satu kemestian walaupun hanya sekadar 10 sen (walaupun nampak kecik tapi dengan hanya rm 1.00, boleh dua kali tengok wayang di Mentakab. Tiket 40 sen duduk depan sekali... teramat lengoh ler tengkok) - nak ke Mentakab, jalan kaki ikut Mentakab Estate.... 20 sen beli air....bereh.....)
Bukan semua orang kampung ada radio, so we all ramai-ramai nunggu kat masjid. Mana-mana yang ada radio tu akan memaklumkan samada raya atau tidak. Kalau raya, bedok akan dibunyikan dengan agak lama... orang kampung dah faham dah.
Baju raya pun, mok koi beli kat Pekan Sari Temerloh jer.... tu la baju buat sembahyang... tu la baju buat jalan-jalan. Budok sekarang..... mampus tak nak beli baju di pasar malam.. sorry ler... tak ada standard katanya.
Budaya balik kampung dah pun ada masa tu. Koi ingat lagi, ramai anak-anak rantau yang kembali ke kampung halaman bertemu keluarga masing-masing.
Cuma koi kurang setuju apa yang keluar di dalam satu akhbar utama baru-baru ni yang mempertikaikan kenapa kita selok sangat nak balik kampung masa raya, sedangkan bila-bila pun boleh balik kampung kerana pelbagai kemudahan telah tersedia. Tu yang koi hangin satu badan...balik kampung bukan masa raya, lain la ceritanya. Bukan balik serentak. Tapi balik masa raya, semua balik serentak. So bolehlah berjumpa bermaaf-maafan.... tak der kampung kot...
Biasanya kome tak der la gi jalan jauh-jauh cox tak ada kenderaan. Paling jauh gi Mentakab je. Lepas tu dok kat umah ajer tunggu sedara-masa dari jauh datang. Lepas tu kehidupan jadi macam biasa.

****************************************************************

Cume lepas 2 minggu raya, mula la cari tin bekas kuih raya... seredak pun begitu enak gitu....

Demikian kisah hari raya Aidil Fitri 2009 dari koi.... hamba yang kerdil ini....Semoga diberkati dan diterima oleh Allah SWT segala amalan kita di sepanjang Ramadhan dan amalan terdahulu, sekarang dan akan datang. Dan semoga kita di ketemukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.... Insyaallah....

Satu hari di hari raya berhampiran rumah Makwe Jerioh di Parit Seran....sekitar tahun 70an.. Yang pakai kopiah tu Aki Hashim (Asing).... panjang umur beliau... ternampak di pasar Mentakab tempoh hari. Koi yang kenit tu ler.. he..he...

Bunga Bakawali

Kalau tak silap... adalah kira-kira 7/8 tahun yang lalu, semasa ke Lepar Utara menziarahi Mak Teh, buat pertama kalinya telah terpandang pokok Bakawali kat umah Mak Teh. Tertarik hati dengan pokok ni... dengan tak malunya, koi telah mintak benih pokok Bakawali ni untuk dibawa balik ke Kuantan. Mak Teh kata " potong je sehelai daun tu, tanam dalam pasu". Macam tak berapa percaya, koi pun ambik la 2 helai (kalau tak silap).
Balik ke Kuantan, koi pacok la dalam pasu. Siram hari-hari. Tak sabo nak tengok dia membesar. Hari demi hari, tiada apa-apa yang berlaku, kaku dan membisu macam tu ajer. "Ye ke Mak Teh ni?? ke nok memain ngan koi ajer".... dalam hati berbisik....
Hampir 6 bulan koi menunggu dengan penuh sabau, satu ketika hampir dah nak kena buang... tiba-tiba ternampak la cenonit jer 2/3 tunas telah mula muncul di celah-celah belahan daun tersebut....
Horeyyy... koi bersorak riang.. ini lah berkat kesabaran.
Dan hingga kini ianya telah membesar dengan suburnya di penjuru porch ... hingga telah mencapai siling....sentiasa berbunga sekali atau 2 kali sebulan. Sekali berbunga adalah 2/3 tangkai. Sememangnya ia kembang pada tengah malam....walau pun masih belum berkesempatan marakamkan gambarnya...namun suatu hari, koi akan berjaga apabila ia berbunga. Apa yang kelihatan, bunga ini hanya kembang sekejap dan akan layu menjelang pagi.
Namun, seminggu sebelum raya puasa, suatu kelainan kelihatan pada pokok Bakawali ini apabila setiap belahan pada daunnya mengeluarkan bunga. Tidak pernah terjadi sebelum ini... Dan apabila pulang daripada berhari raya di kampung, kesemua bunga telah layu......

Mengikut kepercayaan masyarakat kita, seorang tuan puteri akan muncul setiap kali bunga ini akan berkembang. Tak tau le ye ke tak... nanti lah koi tunggu... kot-kot muncul betul.... sapa nak jawab???? ha..ha....
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina pulak, pemilik bunga ini akan mendapat "ong" setiap kali pokok Bakawali ni berbunga.... entah la... setakat ni belum ada apa-apa lagi... RM 250 adalah.. he..he... semua orang gomen dapat.... itu semua kepercayaan masing-masing.
Allah SWT juga yang berkuasa......

M. Nasir dan Kumpulan Kembara (idola koi) telah mengadaptasikan Bunga Bakawali ini di dalam lagu pada tahun 1984 (Guna rekod). Sungguh puitis liriknya.....

Di tengah malam yang sunyi / Ku masih berjaga akibat hati luka / Ku tanggung kesepian ini / Kenangan menjelma lagi / Pabila sang malam mendendangkan lagunya / Menambah gundah di hatiku / Bunga hati bunga sakti / Bila masa mekar nanti / Bunga hati bunga sakti / Ubatilah lukaku ini / Bunga Bakawali oh!.......




Tuesday, September 1, 2009

Cerita Koi - Keberkatan Ramadhan Al Mubarak

Cuti hujung minggu telah melengkapkan satu perjalanan pulang ke kampung. Memandu di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) terasa begitu perlahan sekali. Walau pun kenderaan tidak begitu banyak, namun nak mengawal mata yang semakin mengecil adalah suatu yang amat menyiksakan. Tersua R n R dan Hentian Sebelah, pasti akan berhenti untuk membasuh muka...UUUU... Waarghhhhhh....... entah berapa kali dah menguap....
Namun berkat kesabaran, Alhamdulillah.... selamat sampai di kampung kira-kira pukul 5 lebih...
terus ke rumah Makcu.... port biasa.....sunyi je .... mana orang ni... risau la jugak...
Namun semakin hampir waktu berbuka puasa... sebuah demi sebuah kereta telah sampai untuk sama-sama berbuka puasa.
Ini lah keberkatan Ramadhan.... Pak Ngoh yang dari tadi tak duduk diam kerana risau... apakah juada untuk berbuka... kembali tersenyum sebab dah ada bermacam-macam juadah, lauk, pauk-pauk dan pelbagai jenis air untuk hidangan berbuka.
Rupa-rupanya mereka telah merancang dari awal untuk berbuka di kampung. Seronok sekali sebab dah lama tidak bersama macam gini.... semua ada kecuali Pak Teh ngan Mak Teh sebab jauh.... tapi anak-anak ada sebagai ganti dan Pak Chek yang balik ke Perak ...Pak World/Mak World, Pak Ngoh/Mak Ngoh, Pok Der/Mok Der, Pak Itam/Mak Itam, Pak Alang/Mak Alang, Pak Anjang/Mak Anjang, Pak Andak/Mak Andak semua ada....
Tu belum campur lagi puluhan cucu yang ada.... riuh sekali dengan pelbagai pesen masing-masing. Semua penuh sabo menunggu detik waktu.
Sedikit demi sedikit.... pelbagai jenis makanan mula memenuhi ruang.....Gulai Lemak Siput Sedut, ayam pusing, ayam goreng, kerabu mangga/taugeh, ikan bako, pucuk ubi, pelbagai jenis ulaman (pucuk sekentut....orang sekarang tak kenal pucuk ni) sambal tempoyak/belacan, ikan pekasam goreng, patin masak asam tempoyak, pucuk paku, gulai k_ _ _ _ l, sambal jering..... waduh.... bisa meleleh ayaq liok...
Air pulak.... ada cendol (home made), air tebu, air soya, teh o... air kosong.... emmmm.....macam-macam ada (tiru iklan Astro).....
Alhamdullillah.... murah rezeki Ramadhan.... riuhlah dengan pelbagai cerita sebab dah lama tak berjumpa.....Dah settle berbuka.... Sembahyang Maghrib.......Isyak dan Bertarawikh.....
Bila lagi boleh macam gini???? Sebelum raya kot..... Insyallaallah...





Ramadhan.....Rezeki Turut Bertambah

Ramadhan juga telah meluaskan rezeki orang kampung. Jika sebelum ini tak banyak gerai yang di buka dan kalau ada pun hanya bertaburan di tepi jalan, kini telah berubah. Kesepakatan orang-orang kampung membuktikan semangat 1 Malaysia boleh dipraktikkan bila-bila sahaja dan di mana-mana sahaja. Nampaknya lebih meriahlah sambutan raya tahun ni sebab business dah tak menang tangan nak layan tetamu....nak angpau lebih... he..he...

Aksi Pak World sedang melayan mesin tebu
Mak World & Embong memberi sentuhan terakhir air tebu
Mok Der dengan anak beliau bersama air soya power
Mari-mari-mari



Puasa-puasa dulu-dulu

Sesekali terkenang masa zaman bebudok dulu bila nyambut bulan puasa. Tak boleh la nak ingat semenya, tapi kenangan manis memang banyok la.... yang tetap bersemadi di sanubari.... kalau boleh nak kembali semula ke zaman bebudok dulu.... kalau boleh la tapi garenti tak boleh nak "Back To The Future".
Tahun-tahun 70 an dulu memang la lain ceritanya.... walau pun kampung koi... kampung Gajoh Mati.....tak le semerioh sekarang. Rumah tak banyok lagi, elektrik pun bukan semua rumah yang ada... semok ajer.... tapi kome bebudok ni bukan takut kat menda-menda pelik masa tu. Tau nak bergalok jer.... start je puasa, meriam buluh pun meledak la, mercun cap dewa yang paling glamer.... masih tak diharamkan...harga pun murah... boleh dibeli dimana-mana ajer... tapi tak der pulak yang putus jari, buta mata.... kome main memolek.... tak jadi macam Mc Gyver.....
Masa tu kalau tak puasa... tak boleh berbuka dengan orang tua.... depa dah makan sikit, baru boleh joint.....tapi yang best sebab mok suruh jadi tukang rasa makanan....
Pukul 6 petang mesti rendam selasih.... buat air dengan sirap. Air ni jarang ada dah sekarang. Entah-entah budok sekarang pun dah tak kenal dengan air ni. Lepas tu kena beli air batu ketul.. Seposen ajer.... kena bungkus dengan habuk kayu... kalau tak.... cair le jawabnya.
Bila dah reti berpuasa.... aktiviti berendam dalam Sungai Semantan merupakan acara wajib sebelah petang... sejuk jer... main terjun tarzan... main toi.....tu la zaman bebudok...
Rodong-rodong kampung dulu-dulu... dah beranok-pinok... ramai lagi yang menetap di kampung..tapi ramai juga dah merantau macam koi yang dah lebih 28 tahun merantau...
Masih teringat rodong-rodong lama.... Medan, Nawi, Ma, Kirk, Lan, Madi, Tan, Ekok, Kusut, Wan, Allahyarham Ya, Tajuddin dan Musim serta yang lain-lain. Sesekali balik kampung... adalah terjumpa bagi mengimbas kisah dulu-dulu.....

Hingga bertemu dengan cerita Hari Raya..... Selamat Berposer....