Wednesday, November 26, 2008

Melayan Tarikan Patin Dan Kerai Di Akob

Ingin memenuhi hasrat dan cita-cita sahabat yang dah lama terpendam.... ingin membayo utang.. maka dalam kesesakan lalulintas... maklum la.. Kuantan dah mcm KL... maka haluan pun menuju ke Akob Patin House... melempiaskan nafsu serakah.. melayan gelodak nafsu yang membara... maka selamat la satu lagi episod membuncitkan perut yang dah sedia boroi... he..he..Tima kasih la pada yang terbabit... kepada Kak Ita... sapa suruh cuti... Nasib hang la... kpd Abang Zan...kita buka episod lain.. ok.....eerrrkkkkkk......


Suci murni ajer lepas berenang dalam minyak

Serangan pun bermula... selesai dalam masa tak sampai 10 minit

Mula ternoda

Makin parah

Inilah hasilnya....beruk lantok betul la
Last Posing

Sungai Lembing Tenggelam

Beginilah keadaan Bandar Sungai Lembing saban tahun terutamanya ketika musim hujan. Kedudukannya di hulu Sungai Kuantan ini mengakibatkan air naik begitu cepat ketika hujan turun. Gambar-gambar ni di rakamkan pada 7 Disember 2007. terima kasih kepada JPS kerana memasang "Real Time Camera" berhampiran Balai Polis Sungai Lembing. Sekurang-kurangnya penduduk Kuantan boleh memantau keadaan banjir dan membuat persediaan yang sewajarnya bila air mula naik. Puin-puin tanah nampaknya telah banyak yang longgar akibat dari pembalakan di Hutan Sungai Lembing. Kelodak-kelodak yang hanyut bersama banjir akan cepat mendap dan mencetekkan aliran sungai menyebabkan air cepat melimpah. Hutan yang telah gondol tidak dapat untuk menyerap air dengan cepat, maka banjir akan berlanda....sama-sama kita fikirkan....
http://infobanjir.water.gov.my/SGLEMBING.htm#