Wednesday, November 26, 2008

Sungai Lembing Tenggelam

Beginilah keadaan Bandar Sungai Lembing saban tahun terutamanya ketika musim hujan. Kedudukannya di hulu Sungai Kuantan ini mengakibatkan air naik begitu cepat ketika hujan turun. Gambar-gambar ni di rakamkan pada 7 Disember 2007. terima kasih kepada JPS kerana memasang "Real Time Camera" berhampiran Balai Polis Sungai Lembing. Sekurang-kurangnya penduduk Kuantan boleh memantau keadaan banjir dan membuat persediaan yang sewajarnya bila air mula naik. Puin-puin tanah nampaknya telah banyak yang longgar akibat dari pembalakan di Hutan Sungai Lembing. Kelodak-kelodak yang hanyut bersama banjir akan cepat mendap dan mencetekkan aliran sungai menyebabkan air cepat melimpah. Hutan yang telah gondol tidak dapat untuk menyerap air dengan cepat, maka banjir akan berlanda....sama-sama kita fikirkan....
http://infobanjir.water.gov.my/SGLEMBING.htm#











No comments: