Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Korban

8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H hari Isnin, sambutan Aidil Adha. Alhamdullillah, 3 ekor lembu telah di korbankan di Masjid Bukit Setongkol, Kuantan bagi menjalani ibadah yang menjadi tuntutan agama ini. Di dalam hujan yang turun renyai-renyai dan kadang kala menjadi lebat, kerjasama dan gotong-royong penduduk setempat telah berjaya menyempurnakan ibadah ini.

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

sumber - http://www.rileks.info/coollist/2008/11/ibadah-korban-dalam-islam/




Bunga Larangan Part 3

Boleh di pandang... Dipegang jangan....