Sunday, February 15, 2009

Cerita Kita - Operasi Bermula

Dengan semangat penuh berkobar-kobar...krew Apache dengan bantuan beberapa orang pakar-pakar di bidang tukang-menukang, simen-menyimen, tebas-menebas, cangkul-menyangkul, pukat-memukat... telah meredah ke tapak Kem Ketahanan Fizikal dari 11 hingga 13 Februari lalu... menebas, merata, menyimen, menyangkul, menebang, memanjat, merancang dan macam-macam "me" lagi bagi kelancaran program 2009.
Diatas komen, cadangan dan pandangan samada dari peserta atau pun bos-bos... maka, amat elok la sekali tapak kem kali ini. Kalau dulu "bilik termenung" hanya di sebalik kanvas, kini siap dengan atap dan dinding - mungkin akan di "air-cond" kan pada tahun 2015 (sebenarnya orang sekarang terlebih manja... dulu-dulu.. tak ade pun bilik-bilik khas mcm gini... pandai-pandai la nyuruk sebalik batu)...Kalau tapak khemah dikatakan tak rata... udah di molekkan... kalau jalan dikatakan berlubang-lubang... udah di elokkan (akan di tar pada tahun 2020)... apa lagi yang kao orang mahu??? Nama dah "ketahanan fizikal"... mana boleh macam dalam hotel... betul tak??? betullllll.... so.. sedikit kesusahan aja bagi menguji ketahanan kao orang....Terima kasihlah kepada krew-krew Apache... kepada staf Landskap, Penyelenggaraan, Mekanikal, Pengangkutan, UTK dan yang lain-lain. Tanpa kao orang... tak akan menjadi program kita... terima kasih jugak di atas ingatan beberapa ekor ikan.. buat pembuka selera...terima kasih.. terima kasih.... terima kasihhhhhh.......
Megah dengan konvoi panjang
Meredah hutan... perkara biasa
Lupa nak bawak (b_a).. seksi sekali Abang Wan...chef terkemuka
Aksi tersendiri sewaktu menunjukkan muscle yang berketul-ketul
Ran.. dah comel.. juga perlu bagi mencari line
Ada rahsia di sebalik tempat ini
Pastikan tiada port skodeng... he..he...
Kalau ada komen lagi... tak tau la apa nak kata
Majer dan 4X4... berpisah tiada
Habis la balok dalam hutan tu weh
20 minit... kem dah clear
Macam biasa.. habuan makan malam
Tok Bomoh sedang "memagar" kawasan
Baru sampai kat jambatan... demam dah sembuh... he..he...
Sedang memerah  otak mencari idea baru

"Live Telecast"