Tuesday, January 13, 2009

Cerita Kita Juga - Sampai Bila Umat Islam Akan Tertindas?


"Sesungguhnya Yahudi tidak mengerti erti perdamaian. Perdamaian bagi mereka adalah kubur-kubur. Perdamaian bagi mereka adalah membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa dan penghinaan terhadap maruah umat Islam. Sesungguhnya telah tiba masanya untuk umat Islam mengoyak perjanjian yang keji ini. Perjanjian yang menambahkan lagi penderitaan umat Palestin, sedangkan Israel mendapat faedah yang cukup besar daripadanya. Ia mendapat pengiktirafan daripada banyak negara, lantas mereka membuka pintu perdagangan untuk pembangunan negara mereka. Di dalam masa yang sama mereka mengoyak kesatuan negara Arab untuk menjadi kuasa tunggal di rantau ini dan meletakkan syarat damai mengikut kehendak mereka"

PETIKAN UCAPAN SYEIKH MUHAMMAD YASSIN , PEMIMPIN UMAT ISLAM PALESTIN DI PADANG ARAFAH
Kita semua tau.. walaupun tak mahu ambil tau...hidangan-hidangan di media-media cetak dan elektronik pada setiap hari telah menginsafkan kita... Bukan lagi peperangan didalam filem tetapi peperangan sebenar.....setiap hari umat Islam makin di tindas. Inilah akibatnya jikalau tidak bersatu...Di kejauhan ini.... apa lagi yang boleh kita lakukan???
Bagi bersama-sama berjuang....tidak sesekali......hanya sumbangan berupa wang ringgit dan yang penting... panjatkan doa bagi kemenangan orang Islam di sana...
Di dalam Al Quran pun telah ada ayat-ayat berhubung Bangsa Yahudi ini..
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik ….” [Al-Ma’idah : 82]
"Orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka …” [Al-Baqarah : 120]
"Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka” [An-Nisa : 160]
Fikir-fikirkan lah......

No comments: