Monday, December 15, 2008

Cerita Kita - Evolusi

Daripada tiada apa-apa... bermula pada November 2006, kita telah sama-sama membangunkan tapak ini yang kini berdiri teguh seteguh hati-hati kita yang sentiasa kemaruk melayan deruan aliran air sungai bersama hembusan bayu dan kocakan air dan ikan-ikan yang berenang manja menjamah habuan.... menjadikan kitalah antara peneraju utama...

November 2006
November 2006
November 2006
Mac 2007
Mac 2007
April 2007
Jun 2007
Jun 2007
Februari 2008
Jun 2008
Jun 2008

Wednesday, December 10, 2008

Amin...






Walau dimana kita berada...kewajiban terhadap Allah S.W.T tetap menjadi keutamaan...Semoga keberkatan sentiasa mendampinggi kita selamanya... Amin.....

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Korban

8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H hari Isnin, sambutan Aidil Adha. Alhamdullillah, 3 ekor lembu telah di korbankan di Masjid Bukit Setongkol, Kuantan bagi menjalani ibadah yang menjadi tuntutan agama ini. Di dalam hujan yang turun renyai-renyai dan kadang kala menjadi lebat, kerjasama dan gotong-royong penduduk setempat telah berjaya menyempurnakan ibadah ini.

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

sumber - http://www.rileks.info/coollist/2008/11/ibadah-korban-dalam-islam/




Bunga Larangan Part 3

Boleh di pandang... Dipegang jangan....



















Monday, December 1, 2008

Bunga Larangan Part 2



































Mula-mula naik nama semua bagi alasan, dah rasa air Sungai Lembing... tak nak balik pulak...

Bunga Larangan Part 1













































Antara bunga larangan yang pantang diusik....

Wednesday, November 26, 2008

Melayan Tarikan Patin Dan Kerai Di Akob

Ingin memenuhi hasrat dan cita-cita sahabat yang dah lama terpendam.... ingin membayo utang.. maka dalam kesesakan lalulintas... maklum la.. Kuantan dah mcm KL... maka haluan pun menuju ke Akob Patin House... melempiaskan nafsu serakah.. melayan gelodak nafsu yang membara... maka selamat la satu lagi episod membuncitkan perut yang dah sedia boroi... he..he..Tima kasih la pada yang terbabit... kepada Kak Ita... sapa suruh cuti... Nasib hang la... kpd Abang Zan...kita buka episod lain.. ok.....eerrrkkkkkk......


Suci murni ajer lepas berenang dalam minyak

Serangan pun bermula... selesai dalam masa tak sampai 10 minit

Mula ternoda

Makin parah

Inilah hasilnya....beruk lantok betul la
Last Posing

Sungai Lembing Tenggelam

Beginilah keadaan Bandar Sungai Lembing saban tahun terutamanya ketika musim hujan. Kedudukannya di hulu Sungai Kuantan ini mengakibatkan air naik begitu cepat ketika hujan turun. Gambar-gambar ni di rakamkan pada 7 Disember 2007. terima kasih kepada JPS kerana memasang "Real Time Camera" berhampiran Balai Polis Sungai Lembing. Sekurang-kurangnya penduduk Kuantan boleh memantau keadaan banjir dan membuat persediaan yang sewajarnya bila air mula naik. Puin-puin tanah nampaknya telah banyak yang longgar akibat dari pembalakan di Hutan Sungai Lembing. Kelodak-kelodak yang hanyut bersama banjir akan cepat mendap dan mencetekkan aliran sungai menyebabkan air cepat melimpah. Hutan yang telah gondol tidak dapat untuk menyerap air dengan cepat, maka banjir akan berlanda....sama-sama kita fikirkan....
http://infobanjir.water.gov.my/SGLEMBING.htm#