Wednesday, December 10, 2008

Amin...






Walau dimana kita berada...kewajiban terhadap Allah S.W.T tetap menjadi keutamaan...Semoga keberkatan sentiasa mendampinggi kita selamanya... Amin.....

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Korban

8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H hari Isnin, sambutan Aidil Adha. Alhamdullillah, 3 ekor lembu telah di korbankan di Masjid Bukit Setongkol, Kuantan bagi menjalani ibadah yang menjadi tuntutan agama ini. Di dalam hujan yang turun renyai-renyai dan kadang kala menjadi lebat, kerjasama dan gotong-royong penduduk setempat telah berjaya menyempurnakan ibadah ini.

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

sumber - http://www.rileks.info/coollist/2008/11/ibadah-korban-dalam-islam/




Bunga Larangan Part 3

Boleh di pandang... Dipegang jangan....



















Monday, December 1, 2008

Bunga Larangan Part 2



































Mula-mula naik nama semua bagi alasan, dah rasa air Sungai Lembing... tak nak balik pulak...

Bunga Larangan Part 1













































Antara bunga larangan yang pantang diusik....

Wednesday, November 26, 2008

Melayan Tarikan Patin Dan Kerai Di Akob

Ingin memenuhi hasrat dan cita-cita sahabat yang dah lama terpendam.... ingin membayo utang.. maka dalam kesesakan lalulintas... maklum la.. Kuantan dah mcm KL... maka haluan pun menuju ke Akob Patin House... melempiaskan nafsu serakah.. melayan gelodak nafsu yang membara... maka selamat la satu lagi episod membuncitkan perut yang dah sedia boroi... he..he..Tima kasih la pada yang terbabit... kepada Kak Ita... sapa suruh cuti... Nasib hang la... kpd Abang Zan...kita buka episod lain.. ok.....eerrrkkkkkk......


Suci murni ajer lepas berenang dalam minyak

Serangan pun bermula... selesai dalam masa tak sampai 10 minit

Mula ternoda

Makin parah

Inilah hasilnya....beruk lantok betul la
Last Posing

Sungai Lembing Tenggelam

Beginilah keadaan Bandar Sungai Lembing saban tahun terutamanya ketika musim hujan. Kedudukannya di hulu Sungai Kuantan ini mengakibatkan air naik begitu cepat ketika hujan turun. Gambar-gambar ni di rakamkan pada 7 Disember 2007. terima kasih kepada JPS kerana memasang "Real Time Camera" berhampiran Balai Polis Sungai Lembing. Sekurang-kurangnya penduduk Kuantan boleh memantau keadaan banjir dan membuat persediaan yang sewajarnya bila air mula naik. Puin-puin tanah nampaknya telah banyak yang longgar akibat dari pembalakan di Hutan Sungai Lembing. Kelodak-kelodak yang hanyut bersama banjir akan cepat mendap dan mencetekkan aliran sungai menyebabkan air cepat melimpah. Hutan yang telah gondol tidak dapat untuk menyerap air dengan cepat, maka banjir akan berlanda....sama-sama kita fikirkan....
http://infobanjir.water.gov.my/SGLEMBING.htm#











Thursday, November 20, 2008

Selamat Hari Lahir

Beginilah adat kita bersahabat. Hari-hari istimewa macam ni, adalah sahabat-sahabat yang meraikan. Dan ianya terserlah di Annexe pada 19 Nov 08 apabila semua "hard core Apache" telah sama-sama meraikan sambutan hari lahir Abang Zan, adik Suraya dan adik Baby... Buat-buat supriselah konon... berminyak la muncung melayan gulai patin dan sayur labu... Nak hadiah mahal-mahal... tak de la.... tapi "hadiah misteri" tu adalah... he..he... harap-harap "muat dan selesa" lah ye... mana boleh ngam-ngam... tak pernah rasa dan  tengok punnnnn... Kepada yang lain-lain tu... tunggu la tahun depan........ kot-kot ada suprise lagi....he..he...he...Yang penting, kemesraan antara kita jangan di putuskan..... TQ boss .. kerana sudi melayan karenah anak buah....... Kepada Majer Mee dan Abang Wan... kita buat lain kali ye....

Selamat Hari Lahir Umi Suraya

Selamat Hari Lahir Baby Tue..
Pulang dengan membawa perut yang penuh
Hadiah misteri penuh bermakna
Sukanye dia... dah naik pangkat.. jadi Umi
Tambah umur...Tambah hansem...Jangan "tambah" lagi ye....
Senyuman penuh bermakna.. Kem Komender...
Nasib Abang Duan...Datang lambat.. kena perabih makanan...
Gelagat Mak Tiri dengan Sarjen Derus...
Birthday Boy perpeluh menghabiskan makanan... Bahana terlebih tambah..(jaga la.....)
Iklan gigi terputih Umi Suraya 

Sedutan terakhir kepala patin...ada ummmpphhhh....