Wednesday, February 24, 2010

BOBOI KU DAH TIADA...

Semalam seperti kebiasaannya aku menjengah tempat Boboi ku bersantai. Aku lihat air kolam tinggal setengah aja... rupanya kolam baru saja dibersihkan. Nampak cantik dan elok saja. Aku taburkanlah makanan kegemarannya tapi Boboi ku tak timbul-timbul. Aku bersiul-siul kecil persis di dalam cerita "Bawang Putih Bawang Merah" . Manalah tau kot-kot Boboi ada menjengah. Namun tiada... "adalah tu nyorok kat mana-mana" bisik hati kecil ku.
Tetapi apabila aku nak menaburkan makanan buat Breakfirst Boboi dah sahabat-sahabatnya pada pagi ini, alangkah terkejutnya aku......Boboi telah tiada lagi....timbul dibawa arus air... alangkah syedihnya aku... setelah sekian lama aku tumpahkan kasih sayang... kini.. Boboi ku hanya tinggal kenangan sahaja......bersemadilah wahai Boboi ku dengan tenang.....


No comments: