Tuesday, February 16, 2010

CUTI PANJANG

Day 1

Scene 1
Cuti panjang.... nak kemana? bebudak siang-siang lagi dah sound kat aboh dia... ntah la...tak der mood la nak jalan-jalan....(RM pun tak berapa nak ada..) nak balik kampung pun tak ada hal yang penting...so kita lepak-lepak ajer la kat umah... adalah keja yang menanti...

Scene 2
Memandangkan tak ada apa-apa program, aku dah merancang nak menukar tayar keta... dah makin kojak (macam kepala sahabat aku yang sorang tu... he..he.. cuba teka....) So pepagi lagi aku terus ke kedai tayar yang kira-kira 500 meter dari umah aku... buka aja pintu.. aku pelanggan yang pertama. Mujur la datang awal... maklum la nak nyambut tahun Rimau... lepas tu bersyusyun-syusyun keta yang datang....makan terbanglah lebih kurang RM 800.00. Tak per la... 2 tahun sekali.....

Sedang di ulit untuk proses selanjutnya

Scene 3
Semalam Mem dah sound..."boh esok kita makan mee jawa ye"... ok lah.... sambil-sambil nak test tayo baru... maka we all pun zoommmm ke Sungai Lembing. Penuhlah 8 orang Avanza ku... meluncur laju ke destinasi..... mula-mula gi bagi makan ikan kat kolam dekat pejabat MPK... geram tul negok ikan talapia yang banyak dan manja.... Pas tu gi ke lombong... posing-posing lebih kurang kat pintu lombong....
Dah berpeluh.. baru la singgah di Restoran Wan Mastura yang memang telah terkenal itu... mee jawa dan mee bandung menjadi hidangan... lambat juga nunggu coz orang agak ramai.... kul 3 lebih baru sampai umah.

Posing di depan pintu lombong
Day 2

Scene 1
Hari minggu... macam biasa....Pasar Tani menjadi tempat wajib untuk dikunjunggi.... biasanya ramai juga jumpa rakan-rakan...tapi kali ni sorang pun tak ader... adalah program tu... Ikan Patin, Ikan Kerai, Ikan Talapia Merah, Umbut kelapa dan ulaman adalah menjadi pilihan utama. Terjumpa pulak buah Ara... buat ulam... best.... bebudak sekarang mana kenal dah buah ni... di samping 2 longgok durian nak buat tempoyak

Scene 2
Yang ni dah rancang lama dah... nak keringkan telaga kat umah. Dah pinjam pam air kat bengkel.. maka bermulalah operasi mengeringkan telaga yang tak pernah kering sejak lebih 20 tahun lalu... we all memang mandi air telaga walaupun duduk bandar.... sejuk dan menyamankan.. selepas 1 1/2 jam... makan kelihatanlah dasar telaga yang lebih kurang 20 kaki dalamnya.. sapa-sapa ketiadaan air paip... mai la umah.... tak mahal....RM 1.00 / 5 liter ajer.. he..he....

Sumber air keluarga ku

Scene 3
Udah banyak yang dibeli masa gi Pasar Tani tadi.... apa pulak menu tengahari?? Hari ni agak special... Tong BBQ dah ada... (10 Q Mr. Maidin)... apa lagi buat BBQ la.... sekor ayam...ikan kembung dan yang paling special Paih Ikan Patin bungkus dengan tempoyak dan daun Cemomok (daun ni orang belah Temerloh / Raub dan yang sewaktu dengannya aja yang tau..) Tu pun bila teringat resepi KDYTM Tengku Puan Pahang di dalam kalendar MPK. Ditambah dengan sayor lemak putih umbut kelapa, telor goreng daun munggel, sambal tempoyak dan ulaman. Ditambah pulak dengan air kepala...(rugi Umi tak balik)... Berpeluhlah nak perabihkan lauk. 10 Q Mem... CINTA HATI.... bolehlah cuba resepi tu yer.... nak detail... mai umah jumpa Kak Pah....

Nak lawan chef AFC

Ni dia... Paih Patin dengan tempoyak dan daun cemomok

Ulaman...Kerdas...Pucuk Serai Kayu...Pucuk Jambu Gajus...Buah Ara

Simple dan menyelerakan....cara kampung...

Scene 4 .... Alahai Boboi
Boboi...dah hampir setahun aku memeliharanya. Satu hari makan 2 kali...memang tak miss aku bagi dia makan... nak pergi keja dan balik kerja... kekadang Mem besar pun asyik perli jer... he..he.. senang aja aku jawab... sian dia.. anak yatim piatu....dapat pahala kita buat kebaikkan..
Makin hari Boboi dah semakin besar... rumah dia pun dah makin sempit nampaknya. So aku ambik keputusan untuk memindahkan Boboi aku tu ke kediaman yang baru... harap-harap dia lebih selesa... tapi yang paling aku bimbang ialah kerana mata Boboi tu dah tak ada sebelah kiri akibat terkena kanser kira-kira 4 bulan yang lalu... berkat sabar dan ketekunan aku mengubatinya.. maka Boboi dah ok sekarang walaupun tak berapa aktif...
So... pada petang tu.. aku bersama Adam telah melepaskan Boboi kesayanganku iaitu Ikan TALAPIA MERAH di kolam MPK.. tepat jam 6.14 minit petang 14 Februari 2010. Semuga dia lebih segar bugar dah mendapat awex-awex yang ramai buat penambah zuriat.

Adam sedang melepaskan BOBOI di kolam MPK

BOBOI tak der mata di sebelah kiri
Makin ceria BOBOI KU
Day 3

Scene 1
Semasa sedang menikmati mee jawa Sabtu lalu... terkeluar idea nak ke Kolam Air Panas pulak lepas ni....Jadi dengan perancangan yang agak ringkas....sekali lagi Avanza ku meluncur laju ke Sungai Lembing.. destinasi pertama ialah sebuah kedai makan.. menikmati roti canai untuk sarapan.... lepas tu bagi makan ikan kat kolam MPK dan posing-posing... kemudian meneruskan perjalanan ke Kolam Air Panas melalui Kampung Sungai Mas... saja nak nengok kehidupan masyarakat Orang Syaya di sana melalui Ladang Rusa... terus sampai ke Kolam Air Panas... Masih awal.. orang pun belum ada lagi.. apa lagi.. bebudak pun berdebur la dalam sungai mandi manda di dalam kesejukan yang meresapkan tulang hitam.. aku nengok ajer... kerap sangat aku bersantai kat Sungai Lembing ni... Berendam pulak dalam Kolam Air Panas... aman sekali....
Lama kelamaan, orang pun dah ramai datang... hari cuti la katakan... jalan pun dah ok... bas pun boleh masuk... inilah nikmat kemajuan... semoga Sungai Lembing terus cemerlang dalam sektor pelancongan. Setelah puas mandi-manda... macam biasa.. pekene Mee Jawa dan Mee Bandung di Restoran Wan Mastura. Lentok abih....

Design By Paih
CT... Tasbih manjang

Adam n CT
Wan n Paih
Abah n Paih
Terkejut Monkey nengok benda dalam rajut tu... burung terbang duduk..

6 tahun yang lalu di tempat yang sama


Aksi terkini




Paih dah terror Photoshop... berkat sabo...

Wan dan Abah sedang menikmati Cikedes
Happy Ending di Kolam Air Panas

Suatu waktu dahulu... tahun 2004



6 tahun berlalu... kus semangat.... sekarang anak-anakku dah bosar mengalahkan aboh dier..




Abah... tukang goyang

Wan pun tak mau ketinggalan... juga kak Hajar

Mee Jawa Restoran Wan Mastura
Syukur Alhamdulillah.... Wan Belanja....

Day 4

Cuti dah nak abih....sempat la meracun 2 pam... repair paip air dan anto Adam balik Kolej...
4 Hari yang penuh aktiviti.....Aminnnnnn....

Lain-Lain

Lepas ni... lapanglah anok cucu nak bersantai..... 80 %

Sunday, January 31, 2010

HARI ITU TAK AKAN KEMBALI LAGI

Dah agak lama aku tak mengup-date kat dalam ni... maklumlah agak bizi pada awal tahun baru ni.... lagi pun....program fizikal berhenti rehat dulu lantaran cuaca yang tidak mengizinkan. So tak ada la cerita khusus pasal fizikal.... tapi terkini.... 4 Februari nanti akan diadakan re-fresh kepada semua puok-puok Apache.... so.. tunggulah surat jemputan ye.... Kita nak plan betul-betul pada tahun ni agar terlebih-lebih suksess daripada tahun-tahun lalu... almaklumlah dah masuk tahun ke 4, mestilah tambah berkesan dan tersusun program kita.....so aku tutup dululah bab-bab fizikal ni... nanti ada story baru... aku masukkan lah....

HARI ITU TAK AKAN KEMBALI LAGI

Sebenarnya story ni dah lama aku masukkan sebagai draft.... cuma tak berkesempatan nak publish....sajalah nak berkongsi cerita dengan kengkawan semua....ni semua masa aku kat SMART tahun 1981-1982 dulu.... tetiba aja terjumpa beberapa keping gambar dengan rodong-rodong masa upper six.....
Masa sekola lah antara saat-saat yang begitu mengujakan.... macam-macam peristiwa we all lalui.... banyak yang dah lupa....
Nama kengkawan pun dah tak berapa nak ingat.....
Tapi yang sorang ni tetap diingati iaitu brother Piejo....maklumlah sebab satu tempat keja...

Yang lain-lain... kekadang ada juga terjumpa... tapi banyak yang udah tidak diketahuan di mana depa sekarang.....Rocky(dengar citer kat Langkawi), Pok Ya, Pok Din (jadi pengadil Bola), Mazlan(Jengka mari), Tarmizi, Nazri, Mat Tan Bacho (Sabahan... "aku sedeei la.. raya tak dapat balik kampung), Wan Iskandar (dulu tokey petronas), Jantan (nama sebenar), Anuar (adik dia keja p/kuasa sekarang), Fatah (ada jumpa baru2 ni... makin sihat)... Romely (Geli), Safri dan yang lain-lain...

Hok puang....Siti Khadijah, Mastura, Mas Merah ( kembar Mastura..kena gossip dengan aku), Fadzilah (Alor Batu, Jabor... aku minat kat dia tapi dia tak layan....padan muka aku... he..he...) dan yang lain-lain.... hok puang ni payoh sangat aku nak ingat namanya.. maklumlah dan hampir 30 tahun masa memisahkan kita.....

Sekolah Menangah Abdul Rahman Talib (SMART) telah mengajar aku erti perpisahan dengan keluarga sebab kali pertama berpisah dan duduk asrama. Semasa disini juga aku telah kehilangan Ayah tercinta apabila beliau telah meninggal dunia pada 6 Januari 1982 sejurus sahaja aku tiba ke asrama buka penggal satu....ALFATIHAH...

Di sini juga aku mula mengenal erti raging... (masa tu ada lagi bab-bab raging ni)... masih ku ingat kepada Samrin (Sabahan).. selalu buli aku.... mentang-mentang la badan besar anak badak... kao buli aku ye.... tak pe.. aku dah lama maafkan....mana kao sekarang?

Kenangan di SMART sedikit demi sedikit telah terhakis, namun Tuhan maha kuasa apabila anak ku yang sulung "Adam" telah ditempatkan di sini dari tingkata 1 hingga tingkatan 3 (2004-2006) dan telah beroleh 8 A dalam PMR (anok aboh la katakan...) dan ianya telah mengembalikan palbagai kenangan lalu....Cikgu Leman... KEPTES... Lawatan ke SM Padang Midin... Cikgu Ghafar(dah pencen.. selalu nampak masuk pertandingan memancing)....Bilik K... Waf Puri... Pakcik Banduan (mintak ampun pakcik)....Jalan kaki ke Masjid Negeri untuk sembahyang Jumaat... Joging ke TC hari minggu...Main bola petang-petang...Feuwittttt!!!.. mengacau budok puang lalu masa balik sekolah..Jalan kaki ke Galing Kecik beli sambal ikan bilis dengan kuih-muih masa bulan puasa...Gaduh dengan SABS...Masa air paip jadi payau... sabun pun tak der buih...bedah katak (budak sains la katakan).... dan pelbagai lagi nostalgia yang terpaksa memerah otak untuk mengingatkan semula.......

Dan... masa-masa itu.... tidak akan kembali lagi... hanya kenangan dan pengajaran telah menjadikan aku menjadi begini....Wassallam


Ni masa lepas jamuan perpisahan upper six (snap kat dorm)

Hari sukan sekolah
Aktiviti wajib waktu petang
Lawatan ke SM Pading Midin
Sekayu.... sejukkkk...
SM Padang Midin
Jamuan perpisahan upper six
Cuba teka.... sapa yang duduk atas meja tu????

Friday, January 8, 2010

HePi BeSdAy AbAnG Lee


Hepi Besday diucapkan kepada Lee Hitam@Lee Black@Budok Sekoloh pada hari ini 8 Januari 2010.... Dah masuk usia 44 tahun dah... 6 tahun lagi boleh joint kelab warga emas.. he..he....
tapi sebab nama dah budok sekoloh.... tengok muke pun macam sweet 24 jer....
Kawe doakan agar mu n family sentiasa beroleh kesejahteraan... kebahgiaan... ketaqwaan...ketinggian... kegemokan.... kehenseman... keputihan (?) dan pelbagai ke.. ke.. lagi... he..he.. Setiap langkah mu... moga diberkati oleh Allah SWT....
Macam yang telah di maklumkan....tak dapet la den nak bagi apa-apa suprise....lain tahun kita adjust.. kalau panjang umur.... macam tahun lepas kita potong kek kecik kat Sungai Kita...
Berapa orang warga Apache yang anto sms???.......

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT DATANG 2010

Pejam celik....hari esok akan muncul la sinar suria tahun baru 2010...rasanya baru lagi sambutan 2009 dibuat... begitulah cepatnya masa berlalu... dan usia kita akan meningkat lagi setahun @ berkurang???? Sebenarnya hari-hari yang berlalu dan mendatang adalah sama sahaja.... 24 jam@1440 minit sehari... terpulanglah kepada kita untuk menggunakan masa 24 jam anugerah Tuhan itu, samada untuk kebaikkan atau sebaliknya....
Tahun 2010 ini akan lebih memberi cabaran kepada kita terutamanya di dalam memantopkan lagi program di Lubuk..... Beruk.....
Macam biasa.... tokey mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua... itu amanah dari pengurusan.... kena ingat yang itu...
Dan macam biasa.... saban tahun.... tradisi puok-puok Apache ialah meraikan hari lahir semua anggota.... ikut kemampuanlah.... kalau poket kembung maka meriahlah... dan sebaliknya kalau poket kempis.....apa yang selalu tokey dengar ialah ramai yang tak tahu tarikh lahir member-member yang lain... so.. tokey letaklah dalam sini.... sapa-sapa yang selalu surf blog ni... harap ambil perhatian.... handphone dah canggih... set la reminder.....takkan tu pun tokey nak ajor... he..he... Selamat Tahun Baru 2010....
Wassallam

Uwaaa...waa....wa.... (sound effect baby nangis)

Lee Black - 8 Jan 1966
Abag Duan @ Chef - 18 Jan 1957
Julaimi - 5 Feb 1971
Pok Leh @ Mr D - 10 Feb 1966
Majer - 22 Feb 1963
EMMY - 25 Feb 1977 (merajuk.. nama dia tak masuk..he..he...)
Ustaz Zaidi - 28 Mac 1964
Madee - 16 April 1969
Wana - 29 April 1981
Mat Woyar Man - 24 Mei 1979
Mok Tree - 27 Mei 1962
Serejan Druss - 2 Jun 1962
Zuni - 2 Julai 1973
En. Sham - 17 Julai 1971
Wes Mail Golok - 22 Julai 1981
Pendi - 9 Ogos 1958
Azwan - 14 Ogos 1980
Mizi@Iron Man - 15 Ogos 1967
Tokey - 25 Ogos
Su Pipoh - 4 September 1974
Asa - 16 September 1985
Abang Wan - 14 Oktober 1956
Abg Zan@202 - 4 November 1961
Nurul Fazliana - 6 November 1986
Umi Su - 21 November 1977
Baby Tue - 24 November 1972
Ita@Mok Tree Junior - 27 Disember 1973

2010.... rasanya tak ada dah nak bagi gambor ke... barang sulit ke.... sebab ramai dah dapat... yang tak dapat tu....tengok la macam mana....kena tengok budget dulu... he..he......

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431 H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam Maal Hijrah 1431 H dan Selamat Tahun Baru 2010 dari Putera Pelangi... Sama-samalah kita kuatkan iltizam untuk terus mencapai kecemerlangan di tahun baru ini. Yang buruk kita jadikan sempadan... yang baik kita jadikan teladan...
Kepada puok-puok Respect De Apache....sumbang bakti kita masih diperlukan pada tahun hadapan... oleh itu.. prepairlah segala mental dan fizikal dari sekarang.... dah ramai "mangsa" yang menunggu......Wassallam

Thursday, November 26, 2009

TEN Q KENGKAWAN

November 2009 bersamaan 8 Zulhijjah 1430H kira-kira jam 1 tengahari, maka berkumpulah puok-puok Apache kat tempat biasa yang dah lama tidak menjamu selera... apa lagi kalau bukan De Akob Patin House.
Ianya adalah di atas niat dan hajat MR D... he..he...(jangan terasa pulak ye) sebab pada majlis makan-makan di sini awal tahun 2009 yang lalu.... "duit Mu tok laku" (kata Dato' H)... tak ada aroh la.... 2 ekor kerai goreng selamat mendarat di tembolok puok-puok Apache yang sentiasa kebuluran pada masa tu.

Surprise Yang Tak Berapa Menjadi

Hajat awal yang empunya diri nak buat surprise lunch la kat tokey....adalah plannya tu ngan gang-gang yang lain sebab nak bayo utang besday tokey dalam bulan pose dulu. Ye la... orang dah berhajat.... tokey ok jer... tapi udah terasa dari awal (orang veteran... ilmu tinggi.. he..he..) tetiba aja depa ni nak buat makan-makan tak libatkan tokey masa nak plan... pelik juga... sebab kalau menda-menda gini.... tokey la kepala alamnya....lepas tu adalah 2/3 orang yang terlepas cakap.... "hepi besday" kat tokey....
Aik...apa ni? silap date ke?....dalam hati.... pas tu... tetiba aja mama junior Apache kat markas... siap kunci bilik lagi.... buat maintain je la.... hero la katakan...
Dan yang paling dapat agak ialah apabila MR D sendiri yang terlepas cakap.... emmmm.... abihlah surprise.... Si Emmy pun bukan main selok lagi nak tumpang keta...
Kita dah masok dah mende-mende macam ni... he..he.... Dah dekat nak sampai masa pun... maintain lagi...."mana boleh keluo... main dart".. he..he.. terkena juga la budok 2 orang tu....
Anyway.... TQ pada semua kengkawan... dan boss... walaupun dah lama berlalu... masih diingati lagi...
I LOVE U ALL...... Salam Aidil Adha

Penaja utama... dah declare... single N Available... emmm.... No Komen...
Riuh satu AKOB bila nampak kumbang ngan bunga turun satu keta... he..he.. "Mu buleh isi la ari ni" kata Abg. Zan....
Sabo menunggu.... Nak cuci keta konon.. he..he...
Budok kecik kena duduk sama dengan budok kecik
Pandai mu berlakon yek.. he...he....
..Tengah Semangat Menyuap..

4 Meja + 3 ekor kerai + patin.... selamat....
Siap beralih tempat lagi....
Amboi-amboi adik...macam mana tetiba aja muncul....Aboh tak ajak pun... he..he....
Rezeki datang lambat...berbeluh menghabiskan kepala patin
Bismillah....
Slruppppp....
Satu mangkuk.... bereh....
Sebelum
Selepas... huduh benor...
TQ Bos...selalu buat orang.... udah terkena.....mantop... ngam ajer.... pandai kao Ita
Sehati dua jiwa.... akan ku framekan... ha..ha...

Begitulah kisahnya menjelang Aidil Adha 2009... kepada semua.... sekali lagi Ten Q tokey ucapkan kerana bersusah payah merancang, berlakon, berpura-pura dan berbagai "ber" lagi... yang tidak berkesempatan hadir, kita buka buku lain ok...
Yang penting ikatan antara kita Apache De Respect tetap utuh sampai bila-bila...
Bolehlah merancang untuk program pada tahun 2010.... dah masuk tahun ke 4, pastinya lebih mantop program kita....Wassallam....