Sunday, January 31, 2010

HARI ITU TAK AKAN KEMBALI LAGI

Dah agak lama aku tak mengup-date kat dalam ni... maklumlah agak bizi pada awal tahun baru ni.... lagi pun....program fizikal berhenti rehat dulu lantaran cuaca yang tidak mengizinkan. So tak ada la cerita khusus pasal fizikal.... tapi terkini.... 4 Februari nanti akan diadakan re-fresh kepada semua puok-puok Apache.... so.. tunggulah surat jemputan ye.... Kita nak plan betul-betul pada tahun ni agar terlebih-lebih suksess daripada tahun-tahun lalu... almaklumlah dah masuk tahun ke 4, mestilah tambah berkesan dan tersusun program kita.....so aku tutup dululah bab-bab fizikal ni... nanti ada story baru... aku masukkan lah....

HARI ITU TAK AKAN KEMBALI LAGI

Sebenarnya story ni dah lama aku masukkan sebagai draft.... cuma tak berkesempatan nak publish....sajalah nak berkongsi cerita dengan kengkawan semua....ni semua masa aku kat SMART tahun 1981-1982 dulu.... tetiba aja terjumpa beberapa keping gambar dengan rodong-rodong masa upper six.....
Masa sekola lah antara saat-saat yang begitu mengujakan.... macam-macam peristiwa we all lalui.... banyak yang dah lupa....
Nama kengkawan pun dah tak berapa nak ingat.....
Tapi yang sorang ni tetap diingati iaitu brother Piejo....maklumlah sebab satu tempat keja...

Yang lain-lain... kekadang ada juga terjumpa... tapi banyak yang udah tidak diketahuan di mana depa sekarang.....Rocky(dengar citer kat Langkawi), Pok Ya, Pok Din (jadi pengadil Bola), Mazlan(Jengka mari), Tarmizi, Nazri, Mat Tan Bacho (Sabahan... "aku sedeei la.. raya tak dapat balik kampung), Wan Iskandar (dulu tokey petronas), Jantan (nama sebenar), Anuar (adik dia keja p/kuasa sekarang), Fatah (ada jumpa baru2 ni... makin sihat)... Romely (Geli), Safri dan yang lain-lain...

Hok puang....Siti Khadijah, Mastura, Mas Merah ( kembar Mastura..kena gossip dengan aku), Fadzilah (Alor Batu, Jabor... aku minat kat dia tapi dia tak layan....padan muka aku... he..he...) dan yang lain-lain.... hok puang ni payoh sangat aku nak ingat namanya.. maklumlah dan hampir 30 tahun masa memisahkan kita.....

Sekolah Menangah Abdul Rahman Talib (SMART) telah mengajar aku erti perpisahan dengan keluarga sebab kali pertama berpisah dan duduk asrama. Semasa disini juga aku telah kehilangan Ayah tercinta apabila beliau telah meninggal dunia pada 6 Januari 1982 sejurus sahaja aku tiba ke asrama buka penggal satu....ALFATIHAH...

Di sini juga aku mula mengenal erti raging... (masa tu ada lagi bab-bab raging ni)... masih ku ingat kepada Samrin (Sabahan).. selalu buli aku.... mentang-mentang la badan besar anak badak... kao buli aku ye.... tak pe.. aku dah lama maafkan....mana kao sekarang?

Kenangan di SMART sedikit demi sedikit telah terhakis, namun Tuhan maha kuasa apabila anak ku yang sulung "Adam" telah ditempatkan di sini dari tingkata 1 hingga tingkatan 3 (2004-2006) dan telah beroleh 8 A dalam PMR (anok aboh la katakan...) dan ianya telah mengembalikan palbagai kenangan lalu....Cikgu Leman... KEPTES... Lawatan ke SM Padang Midin... Cikgu Ghafar(dah pencen.. selalu nampak masuk pertandingan memancing)....Bilik K... Waf Puri... Pakcik Banduan (mintak ampun pakcik)....Jalan kaki ke Masjid Negeri untuk sembahyang Jumaat... Joging ke TC hari minggu...Main bola petang-petang...Feuwittttt!!!.. mengacau budok puang lalu masa balik sekolah..Jalan kaki ke Galing Kecik beli sambal ikan bilis dengan kuih-muih masa bulan puasa...Gaduh dengan SABS...Masa air paip jadi payau... sabun pun tak der buih...bedah katak (budak sains la katakan).... dan pelbagai lagi nostalgia yang terpaksa memerah otak untuk mengingatkan semula.......

Dan... masa-masa itu.... tidak akan kembali lagi... hanya kenangan dan pengajaran telah menjadikan aku menjadi begini....Wassallam


Ni masa lepas jamuan perpisahan upper six (snap kat dorm)

Hari sukan sekolah
Aktiviti wajib waktu petang
Lawatan ke SM Pading Midin
Sekayu.... sejukkkk...
SM Padang Midin
Jamuan perpisahan upper six
Cuba teka.... sapa yang duduk atas meja tu????

Friday, January 8, 2010

HePi BeSdAy AbAnG Lee


Hepi Besday diucapkan kepada Lee Hitam@Lee Black@Budok Sekoloh pada hari ini 8 Januari 2010.... Dah masuk usia 44 tahun dah... 6 tahun lagi boleh joint kelab warga emas.. he..he....
tapi sebab nama dah budok sekoloh.... tengok muke pun macam sweet 24 jer....
Kawe doakan agar mu n family sentiasa beroleh kesejahteraan... kebahgiaan... ketaqwaan...ketinggian... kegemokan.... kehenseman... keputihan (?) dan pelbagai ke.. ke.. lagi... he..he.. Setiap langkah mu... moga diberkati oleh Allah SWT....
Macam yang telah di maklumkan....tak dapet la den nak bagi apa-apa suprise....lain tahun kita adjust.. kalau panjang umur.... macam tahun lepas kita potong kek kecik kat Sungai Kita...
Berapa orang warga Apache yang anto sms???.......

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT DATANG 2010

Pejam celik....hari esok akan muncul la sinar suria tahun baru 2010...rasanya baru lagi sambutan 2009 dibuat... begitulah cepatnya masa berlalu... dan usia kita akan meningkat lagi setahun @ berkurang???? Sebenarnya hari-hari yang berlalu dan mendatang adalah sama sahaja.... 24 jam@1440 minit sehari... terpulanglah kepada kita untuk menggunakan masa 24 jam anugerah Tuhan itu, samada untuk kebaikkan atau sebaliknya....
Tahun 2010 ini akan lebih memberi cabaran kepada kita terutamanya di dalam memantopkan lagi program di Lubuk..... Beruk.....
Macam biasa.... tokey mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua... itu amanah dari pengurusan.... kena ingat yang itu...
Dan macam biasa.... saban tahun.... tradisi puok-puok Apache ialah meraikan hari lahir semua anggota.... ikut kemampuanlah.... kalau poket kembung maka meriahlah... dan sebaliknya kalau poket kempis.....apa yang selalu tokey dengar ialah ramai yang tak tahu tarikh lahir member-member yang lain... so.. tokey letaklah dalam sini.... sapa-sapa yang selalu surf blog ni... harap ambil perhatian.... handphone dah canggih... set la reminder.....takkan tu pun tokey nak ajor... he..he... Selamat Tahun Baru 2010....
Wassallam

Uwaaa...waa....wa.... (sound effect baby nangis)

Lee Black - 8 Jan 1966
Abag Duan @ Chef - 18 Jan 1957
Julaimi - 5 Feb 1971
Pok Leh @ Mr D - 10 Feb 1966
Majer - 22 Feb 1963
EMMY - 25 Feb 1977 (merajuk.. nama dia tak masuk..he..he...)
Ustaz Zaidi - 28 Mac 1964
Madee - 16 April 1969
Wana - 29 April 1981
Mat Woyar Man - 24 Mei 1979
Mok Tree - 27 Mei 1962
Serejan Druss - 2 Jun 1962
Zuni - 2 Julai 1973
En. Sham - 17 Julai 1971
Wes Mail Golok - 22 Julai 1981
Pendi - 9 Ogos 1958
Azwan - 14 Ogos 1980
Mizi@Iron Man - 15 Ogos 1967
Tokey - 25 Ogos
Su Pipoh - 4 September 1974
Asa - 16 September 1985
Abang Wan - 14 Oktober 1956
Abg Zan@202 - 4 November 1961
Nurul Fazliana - 6 November 1986
Umi Su - 21 November 1977
Baby Tue - 24 November 1972
Ita@Mok Tree Junior - 27 Disember 1973

2010.... rasanya tak ada dah nak bagi gambor ke... barang sulit ke.... sebab ramai dah dapat... yang tak dapat tu....tengok la macam mana....kena tengok budget dulu... he..he......

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431 H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam Maal Hijrah 1431 H dan Selamat Tahun Baru 2010 dari Putera Pelangi... Sama-samalah kita kuatkan iltizam untuk terus mencapai kecemerlangan di tahun baru ini. Yang buruk kita jadikan sempadan... yang baik kita jadikan teladan...
Kepada puok-puok Respect De Apache....sumbang bakti kita masih diperlukan pada tahun hadapan... oleh itu.. prepairlah segala mental dan fizikal dari sekarang.... dah ramai "mangsa" yang menunggu......Wassallam

Thursday, November 26, 2009

TEN Q KENGKAWAN

November 2009 bersamaan 8 Zulhijjah 1430H kira-kira jam 1 tengahari, maka berkumpulah puok-puok Apache kat tempat biasa yang dah lama tidak menjamu selera... apa lagi kalau bukan De Akob Patin House.
Ianya adalah di atas niat dan hajat MR D... he..he...(jangan terasa pulak ye) sebab pada majlis makan-makan di sini awal tahun 2009 yang lalu.... "duit Mu tok laku" (kata Dato' H)... tak ada aroh la.... 2 ekor kerai goreng selamat mendarat di tembolok puok-puok Apache yang sentiasa kebuluran pada masa tu.

Surprise Yang Tak Berapa Menjadi

Hajat awal yang empunya diri nak buat surprise lunch la kat tokey....adalah plannya tu ngan gang-gang yang lain sebab nak bayo utang besday tokey dalam bulan pose dulu. Ye la... orang dah berhajat.... tokey ok jer... tapi udah terasa dari awal (orang veteran... ilmu tinggi.. he..he..) tetiba aja depa ni nak buat makan-makan tak libatkan tokey masa nak plan... pelik juga... sebab kalau menda-menda gini.... tokey la kepala alamnya....lepas tu adalah 2/3 orang yang terlepas cakap.... "hepi besday" kat tokey....
Aik...apa ni? silap date ke?....dalam hati.... pas tu... tetiba aja mama junior Apache kat markas... siap kunci bilik lagi.... buat maintain je la.... hero la katakan...
Dan yang paling dapat agak ialah apabila MR D sendiri yang terlepas cakap.... emmmm.... abihlah surprise.... Si Emmy pun bukan main selok lagi nak tumpang keta...
Kita dah masok dah mende-mende macam ni... he..he.... Dah dekat nak sampai masa pun... maintain lagi...."mana boleh keluo... main dart".. he..he.. terkena juga la budok 2 orang tu....
Anyway.... TQ pada semua kengkawan... dan boss... walaupun dah lama berlalu... masih diingati lagi...
I LOVE U ALL...... Salam Aidil Adha

Penaja utama... dah declare... single N Available... emmm.... No Komen...
Riuh satu AKOB bila nampak kumbang ngan bunga turun satu keta... he..he.. "Mu buleh isi la ari ni" kata Abg. Zan....
Sabo menunggu.... Nak cuci keta konon.. he..he...
Budok kecik kena duduk sama dengan budok kecik
Pandai mu berlakon yek.. he...he....
..Tengah Semangat Menyuap..

4 Meja + 3 ekor kerai + patin.... selamat....
Siap beralih tempat lagi....
Amboi-amboi adik...macam mana tetiba aja muncul....Aboh tak ajak pun... he..he....
Rezeki datang lambat...berbeluh menghabiskan kepala patin
Bismillah....
Slruppppp....
Satu mangkuk.... bereh....
Sebelum
Selepas... huduh benor...
TQ Bos...selalu buat orang.... udah terkena.....mantop... ngam ajer.... pandai kao Ita
Sehati dua jiwa.... akan ku framekan... ha..ha...

Begitulah kisahnya menjelang Aidil Adha 2009... kepada semua.... sekali lagi Ten Q tokey ucapkan kerana bersusah payah merancang, berlakon, berpura-pura dan berbagai "ber" lagi... yang tidak berkesempatan hadir, kita buka buku lain ok...
Yang penting ikatan antara kita Apache De Respect tetap utuh sampai bila-bila...
Bolehlah merancang untuk program pada tahun 2010.... dah masuk tahun ke 4, pastinya lebih mantop program kita....Wassallam....

Monday, November 9, 2009

SIRI 2/09 - KITA HANYA MAMPU MERANCANG

Setelah menghadapi pelbagai cobaan ekoran macam-macam karenah... maka terlaksanalah program ketahanan fizikal siri 2/2009 dari 3 hingga 5 November 2009... Sori la bos, cox tak dapat nak buat 4 kali sepertimana yang direncanakan macam tahun lepas.... bukan kesilapan kita wahai apache-apache sekelian....
Kesemuanya nampak ok apabila memulakan perjalanan. Matahari pun tersenyum riang.... Program pun nampak sukses....
Namun sampai aja ke kem.... cuaca telah berubah sama sekali.... hujan telah menyelubunggi sebahagian besar daripada masa program berjalan. Floating pun tak boleh diadakan.... flying fox pun dalam keadaan hujan.... air sungai meninggi dengan kadar yang cepat.... terbayang di benak akan beberapa kejadian yang berlaku baru-baru ni yang menyebabkan kematian akibat "kepala air" yang datang secara tiba-tiba.....Namun semuanya telah berjaya diatasi...apache pun tak tido sampai pagi...mengawasi keadaan sungai... pengorbanan yang tak ramai orang tau.....
Seperti siri 1 pada Mac lalu, hasrat ke Air Terjun Pelangi terpaksa dibatalkan akibat hujan yang berterusan...... Kepada semua peserta, anda telah lakukan yang terbaik..... banyak pengajaran boleh diambil jika berfikiran positif.... yang fikir negatif .... itu hak anda.....namun... akan adalah perubahan hendaklah sewaktu bertugas.....
TQ bos kerana sama-sama berhujan dengan kami semua......hingga di tahun hadapan.....
Wassallam


Senyum sebelum kepenatan
Sesi menegangkan urat
Salam pengenalan dari hutan Sungai Lembing
Petai dah abih encik..katok ada la....
Anok aboh.....
Tak reti susun puzzle....tak tau la....
Khidmat bakti kami
Ubat tradisional untuk mencerahkan kulit
Jangan main-main sama saya.... he..he....
Cung dok???
Yee... haaaa....
Inilah barisan kita
Heee...heee..he......
Sepupu sepapat Aziz Sattar dalam filim Seniman Bujang Lapok
Sabor jer lah (dalam hati)
Tambah cung akak Syeri.... he..he....
Klik-klik yes!!!!
Buah cempadak di luar pagar.... pantun Kak Niza

Cabaran Sungai Berapit

Antara cabaran yang benar-benar menguji mental dan fizikal peserta... lebih kurang macam asoka jugolah.... kena lalui pelbagai keadaan muka bumi.... dengan makhluk-makhluk kenit yang berkeliaran menungu masa yang sesuai untuk ngap!!!!...


Steady akak....nak sampai hujung dah tu...
Kalau tau macam ni... memang la aku ambik MC awal-awal...
Dah nak sampai
"Kalau kamu tak reti nak apungkan diri. akan timbul masaalah besar".....ujar Julaimi dengan garangnya

Angkara Serangan Gas Saraf

Tidak berhati-hati melangkah di dalam hutan... akibatnya terkena serangan gas saraf.... mujur ketua aja yang lumpuh..... anak buah kena lah usung ye...

Koyak kain oiiii.....
"Ikutkan hati... aku nak hempas je....macam badak beratnya"
Kalaulah yang depan kiri tu kena angkat.... tak tau ler.....he..he....

Cabaran Flying Fox





"Kami lepas dulu"

Hepi Besday "Syed" Zan

Dalam kesibukan dengan progam.... sempat juga meraikan hari lahir kem komander... bertuah la badan....tengok.. sapa yang pegang kek tu??? Buleh isi, kuoh dengan mangkok-mangkok sekali... "Syed" Julaimi dapat seredok jer la... ha..ha.....tu la kelebihan orang lama.... ilmu tinggi..

Fuhhhh....mujus tak tercabut gigi palsu
Bismillah..... apa hajat dalam hati???....
Cewah malu-malu cat la pulak.....nak cuap cikit....

Kembara Minda

Juga merupakan progam yang mencabar minda dan kesepaduan ahli-ahli kumpulan..... memang menyiksakan jika tiada perancangan yang teliti..... jangan pecah tembelang yer....

Terpaksa berkorban.... jadi hidangan agas....
Banyak pulak yang disoalnya
Kami sepakat menghadapi apa jua halangan

Akibat hujan yang berterusan... inilah keadaanya aliran sungai Kuantan yang sebelumnya begitu menyamankan.... tetapi udah menjadi begitu bahaya sekali

Majlis Penutup

Terima kasih kepada Unit Pengurusan Sungai Lembing kerana sempat menyediakan tempat untuk majlis penutup walaupun "short notice" .....terutamanya kepada Pok Ya & Crew

Tok Imam
MPK Bulehhhhh!!!!!
Barisan "budak jahat"
Yang mesti ada setiap kali masuk Sg. Lembing.....pembuka selera.....POTAI....

Acara Selepas

3ma kasih lah kepada semua krew Respect yang sudi memunculkan diri sewaktu operasi kemas-mengemas peralatan.... biar berpeluh di hutan.. biar berpanas di lapangan... janji bereh...


Kena check DNA... baru tau sapa punyer... ha..ha....
Begitulah ceritanya program fizikal siri 2/2009..... krew dan lali dengan pelbagai karenah... semuanya dah biasa bagi kami semua.....semoga tahun hadapan segalanya dapat berjalan dengan lebih lancar berkat kerjasama semua..... Insyaallah.... ada berkatnya.....

Nota kaki

# Ramai krew dan tambah "Syed" depan nama masing-masing.... tapi "Syed" Zan jugak yang untung.

# "Tak percaya???......Tanya sama dia........ha..ha..ha.....