Sunday, April 12, 2009

Cerita Kita - Setiap Langkah Moga Di Berkati

Isnin..30 Mac 2009 jam 8.30 malam.. bertempat di Annexe Rest House... maka berkumpullah sebahagian besar warga Apache dengan uniform baru umpama burung serindit yang begitu menceriakan suasana. Tujuan murni kami ialah bagi sama-sama berkongsi pelbagai cerita bersama chief mentor kami yang menamatkan perkhidmatan dengan MPK... kesedihan terasa, namun telah hilang dek pelbagai kisah dulu-dulu.... penuh dengan gelak ketawa... kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala yang telah dicurahkan terutamanya di dalam program fizikal ini. Sesungguhnya tiada kata secantik bahasa.... tiada ternilai budi-budi yang telah ditaburkan....
Doa kami semoga "SETIAP LANGKAH MOGA DI BERKATI"


Sabor menanti masa makan
Mak tiri.... paling banyak terkena...
Bajet ciput...ikan kerisi ajer yang termampu
Genggaman penuh bermakna...ngilu sekali sebab ada.............. tst....
Cerita di Bandung.... hanya kami yang tau.. he..he....
Abang Long... Abang Ngoh... Abang De... Abang Chik... semua ada
Bismillahhirohmanirrohim... selamat menjamu selera
Mentor Junior
Jengok-jengok lah kami bila ada program
Rangkuman peristiwa menceritakan segalanya
Abadikan kenangan di sabunari.... APACHE
Tak muat bakul motor nak bawak balik
Daripada risikan....ngam-ngam... molek sekali.. kalau pakai bawak mancing garenti berbaloi..
Abang Long dengan iklan gigi palsu.. he..he...
My Team...sedia berkorban... Arahkan sahaja... Garenti berehhhh....

Wednesday, March 11, 2009

Cerita Kita - Tong-Tong Akan Dibuka

Setelah menghadapi pelbagai masalah dan problem... akhirnya.. akan terlaksana juga program yang dirancangkan.... semuanya nampak begitu bersemangat sekali... Insyaallah....akan berjalan dengan sukses....kepada semua krew....sila tunggu arahan selanjutnya...
Maka... tong-tong akan dibuka semula sejak di tutup rapat pada Ogos 2008... entah apa la ada kat dalamnya... sama-sama lah kita saksikan ye...jeng...jeng...jeng....

Wednesday, March 4, 2009

Cerita Kita - Majer Dan Emmy

Punyalah susah nak menangkap dia ni... ada ajer halnya... dah rancang-rancang tapi tak jadi. Siang-malam-pagi-petang... ada ajer keja...dah melangkau ke bulan Mac....tak ada arohlah... tak ader la makan-makan ye.... nak meraikan... harap-harap berpuas hati dengan ingatan dari puok-puok Apache ni. Jangan lupa.....bawak masuk hutan bila projek on nanti ye....semoga panjanglah segala-galanya... doa dari rodong-rodong Apache....

Babah dengan aksi tersendiri

No Entry....banyak maksud yang tersurat dan tersirat.. he..he...

Yang lebor tersengih ni.... budak baru dalam fizikal...he..he... sokmo tanya... bila nak masuk hutan bang?....Sabo la sikit ye..... perancangan sedang di susun rapi. Jangan uzur pulak udah ler.. Semangat benor nampoknye....

Hepi Besday Emmy

Sunday, February 15, 2009

Cerita Kita - Operasi Bermula

Dengan semangat penuh berkobar-kobar...krew Apache dengan bantuan beberapa orang pakar-pakar di bidang tukang-menukang, simen-menyimen, tebas-menebas, cangkul-menyangkul, pukat-memukat... telah meredah ke tapak Kem Ketahanan Fizikal dari 11 hingga 13 Februari lalu... menebas, merata, menyimen, menyangkul, menebang, memanjat, merancang dan macam-macam "me" lagi bagi kelancaran program 2009.
Diatas komen, cadangan dan pandangan samada dari peserta atau pun bos-bos... maka, amat elok la sekali tapak kem kali ini. Kalau dulu "bilik termenung" hanya di sebalik kanvas, kini siap dengan atap dan dinding - mungkin akan di "air-cond" kan pada tahun 2015 (sebenarnya orang sekarang terlebih manja... dulu-dulu.. tak ade pun bilik-bilik khas mcm gini... pandai-pandai la nyuruk sebalik batu)...Kalau tapak khemah dikatakan tak rata... udah di molekkan... kalau jalan dikatakan berlubang-lubang... udah di elokkan (akan di tar pada tahun 2020)... apa lagi yang kao orang mahu??? Nama dah "ketahanan fizikal"... mana boleh macam dalam hotel... betul tak??? betullllll.... so.. sedikit kesusahan aja bagi menguji ketahanan kao orang....Terima kasihlah kepada krew-krew Apache... kepada staf Landskap, Penyelenggaraan, Mekanikal, Pengangkutan, UTK dan yang lain-lain. Tanpa kao orang... tak akan menjadi program kita... terima kasih jugak di atas ingatan beberapa ekor ikan.. buat pembuka selera...terima kasih.. terima kasih.... terima kasihhhhhh.......
Megah dengan konvoi panjang
Meredah hutan... perkara biasa
Lupa nak bawak (b_a).. seksi sekali Abang Wan...chef terkemuka
Aksi tersendiri sewaktu menunjukkan muscle yang berketul-ketul
Ran.. dah comel.. juga perlu bagi mencari line
Ada rahsia di sebalik tempat ini
Pastikan tiada port skodeng... he..he...
Kalau ada komen lagi... tak tau la apa nak kata
Majer dan 4X4... berpisah tiada
Habis la balok dalam hutan tu weh
20 minit... kem dah clear
Macam biasa.. habuan makan malam
Tok Bomoh sedang "memagar" kawasan
Baru sampai kat jambatan... demam dah sembuh... he..he...
Sedang memerah  otak mencari idea baru

"Live Telecast"

Tuesday, February 10, 2009

Cerita Kita - Selamat Hari Lahir Pok Leh

Pada lebih kurang sesuku sebelum subuh pada 10 Februari 1966... maka melalak la seorang bayi jantan nun jauh di kota Kuala Lumpur sana....banggalah tu sebab lahir di Key Ell. Tapi cuma lahir ajer di sana.. membeso kat Chenor Temerloh....Kisah hidupnya yang panjang berjela-jela, hanya dia aje lah yang tahu...suka-duka.. sedih gembira...macam-macam lah yang telah dirasainya.
Dia ni adalah antara insan terpenting dalam Skuaq Apache....any time.. any where... bisa di atur pak. Telah kembali solo pada 1 Ogos 2008 yang lalu (Al Fatihah.....). Begitu la adat ber rodong...
macam biasa... dapat lah hadiah special.. mana-mana yang termampu rodong sediakan. Sambutan simple dalam pejabat pun kira ok la... tanpa makan-makan beso...sebab payoh nak keluo "peti sejuk"...Doa dari kami agar sentiasa dirahmati Allah buat anda sekeluarga..."Bila lagi nak cari calon.... Sian kat anak-anak....he..he..." Ita kata....
Misteriiiiiii
Pelbagai Aksi
Dah beso pokok tu agaknya....
Misteri akan terungkai pada hujung Februari ini.. pastikan tersidai bersama "misteri" yang lain.. tahan sikit hati tengok banyak bibir kat atas tu... ada 2 yang gang apache punyer...pandai-pandai lah cari ye.....

Saturday, February 7, 2009

Cerita Kita - Mencari Yang Terbaik

Sebelum langkah disusun, sebelum tari bermula, sebelum pencak silat di atur...satu perbincangan untuk menghalusi perancangan.... mendetaili pergerakan (perkataan baru tu..).. telah diadakan dengan kehadiran sebahagian besar Apache-Apache Senior dan Junior (ni bukan kumpulan Mat Rempit Apache tu ye.... jgn salah faham pulak)...yang tak datang tu... mungkin sibuk.. mungkin tak minat... tak pasti yang mana satu. Dengan kehadiran mentor, semangat kami begitu membara sekali..berbincang... menyusun...mengatur...mem"brainstorming" dan macam-macam "mem" lagi agar program tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas. Itu janji kami kepada pengurusan....Banyak tip2 dari penceramah jemputan telah memberikan motivasi kepada kami semua.
Yang lebih bermakna sekali ialah.. telah diadakan juga sambutan hari lahir "kope o satu"... he..he.. sapa lagi kalau bukan tokey "LUBUK".... Buat-buat terkezut la tu... dah beso panjang dah kao ye....Semuga "panjang" la segala-galanya....
Macam biasa....dapat ler sekeping gambor (s/u kata..."ngaper tak pakai c__i").. he..he...) dan hadiah misteri ala-ala "cicakman" gitu... semoga selesa dan tambah mantul.....
Tapi... dengar citer (daripada pengakuan yang empunyer diri) ada "hadiah misteri" yang telah diberikan pada tahun lalu... masih berbau kedai lagi...."sayang nak usik" katanya.....siapakah gerangan ye??...jeng...jeng...katanya lagi "nak tunggu masuk hutan, baru nak gunakan dan satu sesi khas untuk para fesi yang ada sijil ajer"...... uwaaa....!!!!!! mana aci gitu!!!!!

p/s kepada semua krew.... bersedialah dari sekarang.... gendang perang akan di palu....

Ceramah dari Encik Un Nasir Othman, Tim. Pengarah KEMAS Pahang
Safwan - junior
Lebor senyum... mentang-mentang la dah tak jadi peserta
Hepi besday to u
Hadiah misteri... jangan heboh-heboh ye
Frame lawo-lawo ye
2 batang lilin yang penuh bermakna....
Macam-macam cerita ada
CICAKMAN 3...Jangan ikut bercabang pulak ye... awas kehadirannya....

Visual ini menceritakan segala-galanya

Tuesday, February 3, 2009

Cerita Koi - Berkongsi Penderitaan

Memenuhi permintaan kekanda....dan ingin berkongsi penderitaan rakyat Palestine... maka video klip pendek ini koi usahakan.... walau pun "Very Shot Notice".... tapi.. kira ok la...nak kejar masa... sememangnya penderitaan mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata....



Dua buah lagu ini betul-betul menusuk di dalam jiwa.....

WE WILL NOT GO DOWN (Song for GAZA) - Micheal Heart


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze


Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia


Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Thursday, January 29, 2009

Cerita Kita - Misi Bermula

Maka misi pun bermula.... setelah lebih 5 bulan kem ditinggalkan...kami telah menjengah kembali lokasi ini.... tak banyak yang berubah... hanya beberapa pembaikkan sahaja yang diperlukan.... bagi siri 2009 ini....banyak lagi misi-misi sulit yang akan ditunaikan...kami sedaya upaya akan memberikan yang terbaik....tungguuuuuu..... Ramai juga yang nak ikut tapi apa kan daya... mobilnya terhad...Semuanya sahabat sejati... bak kata orang putih " di telan mati emak.. diluah mati bapak"... so... kena sabarlah sikit kepada yang kena tinggal...atau mungkin kena bawak baslah.. baru boleh semua ikut ye... tak pun mintak majer booking Charlie....ha..ha...

Masih terpelihara dengan baik....rindu sekali kepada tempat ini...
Bilik termenung dah tercabut
Lepas geram nampak...Macam biasa la.. siang ikan... (kerja tetap tu)Santapan tengahari yang begitu menyelerakan
Akibat tersalah info...mujur tak terbalik...
Perbincangan serius mencari misi baru nak kena rendam.. he..he... TST
Kami jumpa...bukan ikat sebarang ikat... penuh jampi serapah tu....Ada rahsia disebalik yang tersurat...tunggu ajer la ye...Melayan Mee Jawa dan Mee Bandung sambil serius berbincang mencari kelainan 2009