Thursday, April 16, 2009

Cerita Kita - Program Ketahanan Fizikal Siri 1/2009 Akhirnya Terlaksana

Setelah tertangguh 2 kali akibat cuaca yang tidak menentu.... tarikh 7 hingga 9 April 2009 akhirnya telah termaktub di dalam diari Respect apabila siri 1/2009 telah berjaya dilaksanakan. Melihatkan pelbagai masalah daripada mula lagi.... sesi kali ini juga telah tercatat ceritanya yang tersendiri. Walaupun yang dirancang berjalan lancar, namun ianya tidaklah sesempurna yang diharapkan. Hujan yang lebat melanda telah sedikit membantutkan perjalanan program. Namun, semangat membara dari semua krew... telah melancarkan semua acara... Sorry lah kepada peserta kerana tidak dapat ke Air Terjun Pelangi.... bukan tak nak pergi tapi bimbang gelombang arus yang datang.... sapa nak jawab nanti... potong rm 2.00 tak per lagi... kalau potong rm 100.00?? Payah jugak tu ye.. he..he.... Tak per lah, lain kali boleh joint lagi. Kepada semua peserta yang sporting... anda telah menjiwai program ini... kepada peserta2 lain yang "Izin Dalam Paksa"... Sendiri mau ingatlah....Macam yang En. Zul kata.."tiada orang yang memaksa tuan-tuan mintak kerja di organisasi ini... So... kenalah patuh kepada setiap arahan"...
Terima kasih kepada En. Zul dan En. Sham yang telah sama-sama membakar semangat kami.
Insyaallah... kami sentiasa memberikan yang terbaik demi program ini... Nampaknya telah ada pengganti cheif mentor kami... ramai juga yang berminat nak jadi krew.... akan dipertimbangkan..

Ralat : * tepung hilang 2 kilo!!!!!!
* tak der pun "cicak man..No 8...belang2... No entry... Maroon..Pink...surat khabar"
yang kelihatan.... tak aci betul la
* dapur 6 biji tak jumpa cari....

Trade Mark : * Nak mintak jadi mandur....
* Super Hero
* Doa sama dengan orang depan... patutlah hujan lebat sangat

Tragedi : * "Lubuk" masuk lubuk



Taklimat awal pengarah
Kerjasama kumpulan harus di amalkan di jabatan masing-masing
Tugasan pertama....sesi mengeluarkan peluh jantan
Ni pulak sesi meluruskan urat-urat yang kendor
Macam ni nak pasang khemah
Kawajipan kepada Ilahi... walau di tengah hutan...
Abang Haji.. penuh semangat..
Sesi mandi hujan di tengah malam
Kuch..Kuch.. Ho.. Ta.. Hai...sejibik macam filem Hindi
Wajib.... check pacat
PT.. lead by Sarjan
"Cicak Man" sedang merancang strategi
Tuan2 kena pegang amanah ini.....
Tek Kiu adik2 pelatih...wewe... su & yuni
Keajaipan di tengah hutan...
Camera Women.... cantik gambar....
Mula2 menjerit.. lepas tu... tak nak naik...
Siapa sangka... SJ boleh "terapung"... banyak angin tu.. he..he..
Floating.... seronok abih...
Mak tiri junior... boleh tahan garangnya
Mangsa serangan gas
Amboi... seronak kau Razman... kena usung..
Lumpuh......
Bayangkan kalau SJ jadi ketua.... sape nak jawab???
Kerjasama berkumpulan
Akibat lalai... kain pelikat jadi ganti
Abangh Long... sedang berkomukasi dengan "sahabat" dia
"Super Hero".... jadi mangsa "Cicak Man"
Adalah cerita ngutuk orang tu....
Aksi Mantop Abang Haji
Peace.... nak gi lagi la....
Mangsa Asa.... 38 kg
100 kg....
We we...melambung atas air
Bisa, bernas dan pedas.... Ten kiu boss
Pembentangan rancangan strategik
Kaki skodeng... jangan makan sorang weh.. he..he...
Cuba teka.. kaki sapa ni????
Penutup
Penghulu.... banyak memberikan bantuan
Semoga perjalanan pulang kami selamat kembali
RESPECT BOLEHHH!!!!
Teruskan ikatan sebegini sehingga ke jabatan masing-masing
Maafkan kami... maaafkann kami...
Tanda kenangan.....payah dah nak sampai ke sini


TRAGEDI "LUBUK" MASUK LUBUK



SELEPAS PROGRAM

Bukan senang nak senang... ini lah antara kerja kita orang setiap kali tamat program... kena mengemaskan segalanya untuk program akan datang. Terima kasih kepada semua Apache yang datang... yang tak datang... potong elaun.. he..he...Besi dah sebati dalam kaki.... boleh joint lagi...



Sunday, April 12, 2009

Cerita Kita - Setiap Langkah Moga Di Berkati

Isnin..30 Mac 2009 jam 8.30 malam.. bertempat di Annexe Rest House... maka berkumpullah sebahagian besar warga Apache dengan uniform baru umpama burung serindit yang begitu menceriakan suasana. Tujuan murni kami ialah bagi sama-sama berkongsi pelbagai cerita bersama chief mentor kami yang menamatkan perkhidmatan dengan MPK... kesedihan terasa, namun telah hilang dek pelbagai kisah dulu-dulu.... penuh dengan gelak ketawa... kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala yang telah dicurahkan terutamanya di dalam program fizikal ini. Sesungguhnya tiada kata secantik bahasa.... tiada ternilai budi-budi yang telah ditaburkan....
Doa kami semoga "SETIAP LANGKAH MOGA DI BERKATI"


Sabor menanti masa makan
Mak tiri.... paling banyak terkena...
Bajet ciput...ikan kerisi ajer yang termampu
Genggaman penuh bermakna...ngilu sekali sebab ada.............. tst....
Cerita di Bandung.... hanya kami yang tau.. he..he....
Abang Long... Abang Ngoh... Abang De... Abang Chik... semua ada
Bismillahhirohmanirrohim... selamat menjamu selera
Mentor Junior
Jengok-jengok lah kami bila ada program
Rangkuman peristiwa menceritakan segalanya
Abadikan kenangan di sabunari.... APACHE
Tak muat bakul motor nak bawak balik
Daripada risikan....ngam-ngam... molek sekali.. kalau pakai bawak mancing garenti berbaloi..
Abang Long dengan iklan gigi palsu.. he..he...
My Team...sedia berkorban... Arahkan sahaja... Garenti berehhhh....

Wednesday, March 11, 2009

Cerita Kita - Tong-Tong Akan Dibuka

Setelah menghadapi pelbagai masalah dan problem... akhirnya.. akan terlaksana juga program yang dirancangkan.... semuanya nampak begitu bersemangat sekali... Insyaallah....akan berjalan dengan sukses....kepada semua krew....sila tunggu arahan selanjutnya...
Maka... tong-tong akan dibuka semula sejak di tutup rapat pada Ogos 2008... entah apa la ada kat dalamnya... sama-sama lah kita saksikan ye...jeng...jeng...jeng....

Wednesday, March 4, 2009

Cerita Kita - Majer Dan Emmy

Punyalah susah nak menangkap dia ni... ada ajer halnya... dah rancang-rancang tapi tak jadi. Siang-malam-pagi-petang... ada ajer keja...dah melangkau ke bulan Mac....tak ada arohlah... tak ader la makan-makan ye.... nak meraikan... harap-harap berpuas hati dengan ingatan dari puok-puok Apache ni. Jangan lupa.....bawak masuk hutan bila projek on nanti ye....semoga panjanglah segala-galanya... doa dari rodong-rodong Apache....

Babah dengan aksi tersendiri

No Entry....banyak maksud yang tersurat dan tersirat.. he..he...

Yang lebor tersengih ni.... budak baru dalam fizikal...he..he... sokmo tanya... bila nak masuk hutan bang?....Sabo la sikit ye..... perancangan sedang di susun rapi. Jangan uzur pulak udah ler.. Semangat benor nampoknye....

Hepi Besday Emmy

Sunday, February 15, 2009

Cerita Kita - Operasi Bermula

Dengan semangat penuh berkobar-kobar...krew Apache dengan bantuan beberapa orang pakar-pakar di bidang tukang-menukang, simen-menyimen, tebas-menebas, cangkul-menyangkul, pukat-memukat... telah meredah ke tapak Kem Ketahanan Fizikal dari 11 hingga 13 Februari lalu... menebas, merata, menyimen, menyangkul, menebang, memanjat, merancang dan macam-macam "me" lagi bagi kelancaran program 2009.
Diatas komen, cadangan dan pandangan samada dari peserta atau pun bos-bos... maka, amat elok la sekali tapak kem kali ini. Kalau dulu "bilik termenung" hanya di sebalik kanvas, kini siap dengan atap dan dinding - mungkin akan di "air-cond" kan pada tahun 2015 (sebenarnya orang sekarang terlebih manja... dulu-dulu.. tak ade pun bilik-bilik khas mcm gini... pandai-pandai la nyuruk sebalik batu)...Kalau tapak khemah dikatakan tak rata... udah di molekkan... kalau jalan dikatakan berlubang-lubang... udah di elokkan (akan di tar pada tahun 2020)... apa lagi yang kao orang mahu??? Nama dah "ketahanan fizikal"... mana boleh macam dalam hotel... betul tak??? betullllll.... so.. sedikit kesusahan aja bagi menguji ketahanan kao orang....Terima kasihlah kepada krew-krew Apache... kepada staf Landskap, Penyelenggaraan, Mekanikal, Pengangkutan, UTK dan yang lain-lain. Tanpa kao orang... tak akan menjadi program kita... terima kasih jugak di atas ingatan beberapa ekor ikan.. buat pembuka selera...terima kasih.. terima kasih.... terima kasihhhhhh.......
Megah dengan konvoi panjang
Meredah hutan... perkara biasa
Lupa nak bawak (b_a).. seksi sekali Abang Wan...chef terkemuka
Aksi tersendiri sewaktu menunjukkan muscle yang berketul-ketul
Ran.. dah comel.. juga perlu bagi mencari line
Ada rahsia di sebalik tempat ini
Pastikan tiada port skodeng... he..he...
Kalau ada komen lagi... tak tau la apa nak kata
Majer dan 4X4... berpisah tiada
Habis la balok dalam hutan tu weh
20 minit... kem dah clear
Macam biasa.. habuan makan malam
Tok Bomoh sedang "memagar" kawasan
Baru sampai kat jambatan... demam dah sembuh... he..he...
Sedang memerah  otak mencari idea baru

"Live Telecast"

Tuesday, February 10, 2009

Cerita Kita - Selamat Hari Lahir Pok Leh

Pada lebih kurang sesuku sebelum subuh pada 10 Februari 1966... maka melalak la seorang bayi jantan nun jauh di kota Kuala Lumpur sana....banggalah tu sebab lahir di Key Ell. Tapi cuma lahir ajer di sana.. membeso kat Chenor Temerloh....Kisah hidupnya yang panjang berjela-jela, hanya dia aje lah yang tahu...suka-duka.. sedih gembira...macam-macam lah yang telah dirasainya.
Dia ni adalah antara insan terpenting dalam Skuaq Apache....any time.. any where... bisa di atur pak. Telah kembali solo pada 1 Ogos 2008 yang lalu (Al Fatihah.....). Begitu la adat ber rodong...
macam biasa... dapat lah hadiah special.. mana-mana yang termampu rodong sediakan. Sambutan simple dalam pejabat pun kira ok la... tanpa makan-makan beso...sebab payoh nak keluo "peti sejuk"...Doa dari kami agar sentiasa dirahmati Allah buat anda sekeluarga..."Bila lagi nak cari calon.... Sian kat anak-anak....he..he..." Ita kata....
Misteriiiiiii
Pelbagai Aksi
Dah beso pokok tu agaknya....
Misteri akan terungkai pada hujung Februari ini.. pastikan tersidai bersama "misteri" yang lain.. tahan sikit hati tengok banyak bibir kat atas tu... ada 2 yang gang apache punyer...pandai-pandai lah cari ye.....

Saturday, February 7, 2009

Cerita Kita - Mencari Yang Terbaik

Sebelum langkah disusun, sebelum tari bermula, sebelum pencak silat di atur...satu perbincangan untuk menghalusi perancangan.... mendetaili pergerakan (perkataan baru tu..).. telah diadakan dengan kehadiran sebahagian besar Apache-Apache Senior dan Junior (ni bukan kumpulan Mat Rempit Apache tu ye.... jgn salah faham pulak)...yang tak datang tu... mungkin sibuk.. mungkin tak minat... tak pasti yang mana satu. Dengan kehadiran mentor, semangat kami begitu membara sekali..berbincang... menyusun...mengatur...mem"brainstorming" dan macam-macam "mem" lagi agar program tahun ini akan lebih baik dari tahun lepas. Itu janji kami kepada pengurusan....Banyak tip2 dari penceramah jemputan telah memberikan motivasi kepada kami semua.
Yang lebih bermakna sekali ialah.. telah diadakan juga sambutan hari lahir "kope o satu"... he..he.. sapa lagi kalau bukan tokey "LUBUK".... Buat-buat terkezut la tu... dah beso panjang dah kao ye....Semuga "panjang" la segala-galanya....
Macam biasa....dapat ler sekeping gambor (s/u kata..."ngaper tak pakai c__i").. he..he...) dan hadiah misteri ala-ala "cicakman" gitu... semoga selesa dan tambah mantul.....
Tapi... dengar citer (daripada pengakuan yang empunyer diri) ada "hadiah misteri" yang telah diberikan pada tahun lalu... masih berbau kedai lagi...."sayang nak usik" katanya.....siapakah gerangan ye??...jeng...jeng...katanya lagi "nak tunggu masuk hutan, baru nak gunakan dan satu sesi khas untuk para fesi yang ada sijil ajer"...... uwaaa....!!!!!! mana aci gitu!!!!!

p/s kepada semua krew.... bersedialah dari sekarang.... gendang perang akan di palu....

Ceramah dari Encik Un Nasir Othman, Tim. Pengarah KEMAS Pahang
Safwan - junior
Lebor senyum... mentang-mentang la dah tak jadi peserta
Hepi besday to u
Hadiah misteri... jangan heboh-heboh ye
Frame lawo-lawo ye
2 batang lilin yang penuh bermakna....
Macam-macam cerita ada
CICAKMAN 3...Jangan ikut bercabang pulak ye... awas kehadirannya....

Visual ini menceritakan segala-galanya