Cerita Dulu-DuluBagi yang enggak tahu.. sebenarnya program fizikal ni dah bermula sejak tahun 1997 lagi. Mantan S/U yang punya idea kreatif begini. Kome ni sebagai runner jer... janji bereh... Kawasan Lubuk Beruk tulah yang menjadi pusat latihan. Cuma dulu-dulu, tak derlah buat program detail macam sekarang. yang tu, engkao orang kenalah maklum dan fahami. Gaji pun dah naik, kereta proton pun dah berpuluh generasi berubah, engkao orang yang dulu kiut-miut pun dah banyak bumber dan tayo spare yang muncul... matannya... program ni pun kenalah berubah juga...
Kalau nak bandingkan...bagai bumi dengan langit jika dibuat perbandingan.....
* Kita hanya mempunyai sebuah kenderaan 4X4 iaitu Land Rover (CAH 3827). Peserta terpaksa berjalan kaki daripada kawasan resort hingga ke tapak perkhemahan sejauh kira-kira 4 kilometer.* Tempat tidur hanyalah khemah kecil atau ponco dimana ada peserta dan fasilitator yang tidur di dalam karung plastik mayat.* Memasak hanya di dalam mestin dan menggunakan “Camping Gas”, lilin memasak dan kayu api.* Tiada kemudahan tandas di sediakan* Tiada dewan disediakan* Tiada paip air disediakan* Tiada kemudahan generator disediakan* Tiada alat-alat keselamatan disediakan kecuali jeket keselamatan* Makanan yang agak terhad kerana kekurangan bajet.Itu antara apa yang ada pada masa tu, kalau nak di detailkan... banyak lagi.... tapi biorlah kami simpan ajer....Namun, walaupun serba kekurangan, tak ada pulak yang merungut bagai nak rok.. Naper la kao orang fobia sangat bila sebut Sungai Lembing??? Entahlah.. masing-masing ada jawapannya.... Itu cerita sebelum pergi....tapi bila dah habis kursus.... baru tau akan kenikmatannya...seronok sekali....
Pelbagai kemudahan telah di "up-gradekan" sekarang.... tak payahlah nak di detailkan... tanya ajer la kepada mereka yang telah menghadirinya... atau tengok jer la gambo-gambo kat bawah tu....sekeping gambar boleh menceritakan 1000 perkataan....
Semasa Pemantauan

Julaimi (rambut lebat lagi).. Bakri (masuk AFSB) dan Wan Aziz (tak aktif lagi lepas nikoh)

Bakri, Zufri, Julaimi, Leh, Pudin dan Mustopa. Pelangi tetap maintain

Satu-satunya nadi pengangkutan kita

Tengoklah apa yang kita ada pada masa tu

Antara krew terawal

Mantan S/U punya idea. Kem di seberang tapak sekarang

Inilah khemah kita...doif sekali...

Pudin tido dalam plastik "mayat" jer
Siri 1/1997 - 5 hingga 7 April 1997

Kita dah menjelajah ke Bukit Berapit.. Semoga Encik Mamat Uda segera semboh

Hanya "last jeket' yang ada...tali pun guna tali ikat kambing jer

Sesi tayangan perut boroi.. 2 dah kembali ke Rahmatullah....Rahman dan Pok Nik.. Alfatihah
Jalan kaki sampai kem

Kreatif dan inovatif


Puas hati
Siri 2/1997 - 31 April hingga 2 Mei 1997

Benda macam ni adalah perkara biasa



Siri 3/1997 - 28 hingga 30 Jun 1997
Guna mestin jer.. belah kanan tu si Nani

Seronok dapat makan ramai-ramai begini

Sekitar Bukit Seri - Kem wanita pertama

Jalan kaki 4 km untuk ke Air terjun Pelangi

Wajah-wajah "You All" kira-kira 13 tahun lalu... antaranya.. Ana, Nani, Huzita, Leha, Linda dll.

Kenalkah anda wajah-wajah sapa tu???
Siri 4/1997 - 5 hingga 7 Julai 1997

Sekarang dah guna tong gas beso...


Antaranya.. Jaja... Marlina dan Ita (dah lama kena raging...)

Dah ada sesi "pecah otak"


2005
Lebih teratur dan dipelbagaikan programnya. Peserta pun tambah ramai. Lebih cabaran lebih mantap.

Regangan sebelum mendaki Bukit Panorama (mujur tak jumpa mee tangga...)

Posing di puncak Bukit Panorama.. lebat janggut....

Yang buat "Peace" tu... nama samaran "Virus Man"

Kat Air Terjun Pelangi... Majer, Leh, Madi, Baby dll dah joint krew

Menuruni Bukit Berapit

Masa balak keluo...jalan pun comel ajer

Kalau orang sekarang kena macam ni.. macam mana? 2 bakul la fasi kena sumpah kot...

Elly Salwana... dah keja kat MBPJ

Eza... dah jadi warder kat Penjara Kajang

Aksi bahaya Baby


Dah ada game


Ratu Murai kedua

Antara krew yang terlibat


Bereh......
Itulah citer dulu-dulu....matannya sama... agar kita dapat memberikan sumbangan yang besar kepada organisasi melalui pendekatan kita sendiri.... yang bakal naik nama.... sesungguhnya anda telah beroleh pelbagai kemudahan terkini.... berikan yang terbaik untuk organisasi anda...